KURSUS TANAMAN CENDAWAN (KIPC) SESI 2009


SALAM SEJAHTERA.

ARIELA ENTERPRISE akan memulakan sesi kursus tanaman cendawan untuk tahun 2009 pada 18hb Januari dan 25hb Januari 2009. Kami berpengalaman melatih dan melahirkan pengusaha cendawan skala kecil dan besar. 10% daripada peserta kursus anjuran kami telah memulakan projek tanaman cendawan dan telah berjaya dalam perusahaan ini. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai Kursus Intensif Penanaman Cendawan Tiram Kelabu anjuran ARIELA ENTERPRISE boleh membuat pendaftaran secara online di bahagian kiri web blog ini.

Pelajari teknik menjana RM3000 Sebulan dengan tanaman cendawan skala kecil. Daftar sekarang kerana tempat adalah terhad kepada 20 orang sahaja untuk setiap sesi.


PEMBINAAN PUSAT PEMBENIHAN CENDAWAN TIRAM KELABU BUKIT KINDING

Tahun 2007 dan 2008 sudah ditempuhi oleh ARIELA ENTERPRISE. 2009 sudah menjelma. Kami jangkakan tahun 2009 ini sebagai tahun yang mencabar dan bakal menguji kemampuan kami dalam mengharungi industri tanaman cendawan yang telah berkembang maju di Malaysia.

Seperti pengusaha-pengusaha tanaman cendawan yang lain yang mempunyai matlamat dan sasaran tertentu pada tahun 2009 ini. ARIELA ENTERPRISE tidak terlepas dengan matlamat dan tujuannya sendiri. Tapi kali ini agak berbeza berbanding 2 tahun yang lepas. Kali ini ARIELA ENTERPRISE tidak bergerak berseorang dalam menempuhi atau mengharungi industri tanaman cendawan, sebaliknya kami akan bergabung tenaga dan menjamin kerjasama dengan anak syarikat MOVE SUCCESS GROUP iaitu MOVE SUCCESS AGRO SDN. BHD. menyemarakkan dan memeriahkan lagi industri tanaman cendawan di Malaysia khususnya di negeri Perak. ARIELA ENTERPRISE telah diberi kepercayaan untuk menjadi rakan niaga dan juga bertindak sebagai jururunding projek tanaman cendawan tiram usahasama antara ARIELA ENTERPRISE dan MOVE SUCCESS AGRO SDN. BHD.

Sebagai permulaan kami telah membuka Pusat Pembenihan Cendawan Tiram Kelabu di Bukit Kinding, Chemor, Perak. Kerja-kerja infra sudah disiapkan dalam 75% dan dijangka akan siap sepenuhnya pada Febuari 2009. Kami lebih menumpukan dalam penghasilan beg media cendawan untuk dibekalkan kepada pengusaha dan bakal pengusaha cendawan yang berminat. Setakat ini kami mampu menghasilkan 1600 ke 1800 bongkah dalam sehari dengan 5 orang tenaga kerja. Sasaran kami untuk menghasilkan 3000 beg media cendawan atau lebih dalam sehari bila semua kerja penghasilan beg media mengunakan mesin sepenuhnya.

Dari segi bekalan habuk kayu getah, kami tidak menghadapi masalah besar kerana satu lagi anak syarikat MOVE SUCCESS GROUP iaitu MOVE SUCCESS SAWMILL SDN. BHD terlibat secara langsung dalam kerja-kerja penebangan dan pembersihan ladang getah disekitar Bukit Kinding.

Bagi menjamin beg media yang dihasilkan menjadi dan berkualiti. Kerja-kerja suntikan benih keatas beg media dilakukan dalam sebuah bilik suntik khas dilengkapi dengan “Air-Cond”. Dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2009 ini dianggarkan sebanyak 700 ribu ke 800 ribu beg media berbenih dapat dihasilkan. Dengan izin Allah hendaknya, kami bercita-cita menjadi pembekal dan pemborong cendawan tiram kelabu terbesar di Perak pada masa-masa akan datang. Mudah-mudahan segala kerja yang kami usahakan akan diberkati dan dirahmati olehNYA. InsyaAllah….. Disertakan bersama ini gambar Pusat Pembenihan Cendawan Tiram Bukit Kinding yang sempat dirakam untuk tontonan pengunjung web blog e-cendawan.com.