Salam Sejahtera.

Ahad 22hb Mac 2009, Syukur Alhamdulillah Ariela Enterprise dan Krew e-Cendawan.com sekali lagi berjaya melaksanakan tanggungjawab menyampaikan ilmu berkaitan penanaman cendawan melalui Kursus Intensif Penanaman Cendawan Buat Kali Ke-20. Kursus kali ini disertai oleh 7 orang peserta iaitu 5 peserta dari Ipoh Perak dan masing-masing seorang dari Alor Setar dan Kuala Ketil, Kedah.


5 peserta dari Ipoh merupakan 5 sekawan dari tempat kerja yang sama. Berikutan kegawatan ekonomi mereka telah ditawarkan VSS. Untuk itu mereka bersatu hati dan sepakat untuk menghadiri kursus anjuran kami sebagai persediaan untuk mengharungi masa mendatang. Memilih bidang pertanian terutamanya tanaman cendawan merupakan langkah bijak kerana mengusahakan tanaman ini mudah dan boleh mendatangkan hasil atau pulangan yang lumayan. Kami bagi Pihak Ariela Enterprise mendoakan agar semua peserta kursus ini berjaya dalam perusahaan cendawan ini.


Berikut dipaparkan gambar yang sempat dirakam semasa kursus kali ke-20 ini diadakan.

Bagi yang berminat dan ingin menyertai kursus anjuran Ariela Enterprise, Tarikh yang terdekat adalah seperti dibawah:

Tarikh: 12hb April 2009
Masa : 8.30am - 5.00pm
Tempat : Pusat Latihan & Bilik Pameran Cendawan Ariela. 33500 Sauk, Kuala Kangsar, Perak.
Yuran : RM180 seorang (RM 160/orang jika hadir berkumpulan). Yuran meliputi sijil, Beg media cendawan, buku nota.modul , makan & minum sepanjang kursus.

Penyertaan hanya terhad kepada 20 orang peserta sahaja. Daftar sekarang dengan mengisi borang online dibahagian kiri web blog ini.