Showing posts with label kursus. Show all posts
Showing posts with label kursus. Show all posts

KURSUS KALI KE 57

Salam Sejahtera

6.6.2015 merupakan tarikh dimana Kursus Intensif Penanaman Cendawan Kali ke-57 dilaksanakan.
Alhamdulillah kursus kali ini berjalan lancar dengan kehadiran 10 peserta yang datangnya daripada Negeri Perak, Penang dan juga Kedah.

Dilampirkan bersama ini gambar yang sempat dirakam sewaktu kursus tanaman cendawan ini dijalankan untuk tatapan pengunjung web blog e-cendawan.com






Kursus selanjutnya akan diadakan pada 1.8.2015 iaitu selepas Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Dalam bulan Ramadhan ini krew e-cendawan.com berehat sebulan. Bagi yang berminat untuk menyertai kursus kami, bolehlah membuat pendaftaran ONLINE dibahagian kiri web blog ini. Untuk kursus kali ke-58 iaitu pada 1.8.2015, masih terdapat beberapa slot lagi untuk di isi. Daftar sekarang, tempat adalah terhad.

TANAM CENDAWAN HASIL LUMAYAN

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua.

Tanaman cendawan kian menjadi sebutan kebelakangan ini, Kenapa ye? Biar saya jelaskan disini.

1) Keuntungan tinggi dalam jangkawaktu yang singkat

Dengan kemajuan teknologi pertanian, cendawan dapat berbuah selepas sebulan proses pembenihan. Cepat dapat pulangan atas pelaburan yang anda keluarkan, selebihnya untunglah.

2) Tidak memerlukan tanah berekar-ekar untuk bertani.
Cendawan dibiak dalam bangsal dan beg media cendawan disusun diatas rak, Jadi tak perlu tanah yang luas, mengikut rekod yang kami lakukan, 5000beg media boleh menjana pendapatan melebihi RM3K sebulan hanya pada keluasan bangsal 20kaki x 40kaki sahaja. 

3) Tak perlu berpanas dibawah terik matahari untuk bertani.
Konsep tanaman dalam bangsal dan segala kerja pembuatan beg media cendawan semuanya dibawah bumbung.Jadi tak perlulah kerja dibawah panas terik matahari seperti tanaman lain.

4) Hasil cendawan boleh dipelbagaikan.
Hasil cendawan ini boleh dipelbagaikan, sebagai contoh boleh dibuat produk hiliran seperti
cendawan goreng frozen, sos cili cendawan, cip cendawan dan pelbagai lagi. Dengan itu
ianya mampu menambah duit poket pengusaha cendawan dengan juaalan produk hiliran tersebut.

5) Cendawan tak perlu baja dan racun.
Cendawan adalah tumbuhan organik, Jadi racun dan baja tidak diperlukan untuk penanaman
atau pembiakan cendawan. Jimat kan?

6) Khasiat perubatan (Kanser).
Kajian mengatakan cendawan mampu mengawal kanser, dari segi itu cendawan mendapat sambutan
untuk proses penghasilan ubat-ubatan untuk kawalan kanser.




Jadi macammana? memang berbaloi tanam cendawan ini, dengan itu kami mempelawa individu tang berminat untuk hadir dalam Kursus Intensif Penanaman Cendawan yang berlangsung setiap bulan.

Macammana cara nak sertai kursus ini? Senang saja. Anda hanya perlu mendaftar ONLINE di web blog www.e-cendawan.blogspot.com dan setelah sistem komputer kami kenalpasti pendaftaran anda, Krew E-Cendawan.Com akan menghubungi anda melalui email atau SMS.

Daftar sekarang kerana tempat adalah TERHAD.




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pihak kami Krew E-Cendawan.Com akan meneruskan usaha melahirkan pengusaha tanaman cendawan berjaya dengan sekali lagi menganjurkan KURSUS INTENSIF PENANAMAN CENDAWAN TIRAM buat kali ke-56 pada masa dan tempat seperti tertera dalam gambar dibawah.

Bagi yang berminat untuk menyertai kursus anjuran kami, senang saja caranya. Anda hanya perlu masukkan butir-butir peribadi anda di Borang Online di bahagian kiri Web Blog ini. Pihak kami akan hubungi anda setelah sistem maklumat kami menerima permohonoan anda untuk menyertai kursus ini.

Bertindak sekarang, kami hanya menerima 10 orang bagi setiap sesi kursus. RAHSIA jana pendapatan 4 angka akan dibongkar. CEPAT....CEPAT...SIAPA CEPAT DIA DAPAT.



KIPC KALI KE-55

Assalamualaikum.

Syukur dengan izinNya, Kursus Intensif Penanaman Cendawan Kali ke-55 (KIPC-55) selamat dilaksanakan dengan jayanya. Kursus kali ini dihadiri oleh 6 orang peserta yang datangnya daripada Perak dan Selangor. Kami di Krew E-Cendawan.Com mendoakan agar kesemua peserta kursus berjaya dalam industri tanaman cendawan yang bakal diceburi.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa kursus untuk tatapan semua.
Bagi yang terlepas kursus kali ke-55 ini, anda masih berpeluang mengikuti kursus ini dimasa akan datang. Tarikh kursus seterusnya dijadualkan pada 2hb MEI 2015. Bagi yang berminat, anda perlu daftar ONLINE di bahagian kiri web blog ini. Pihak Krew Kursus akan menghubungi anda setelah nama anda didaftarkan dalam sistem komputer kami.

Untuk makluman, kami hanya menerima 10orang saja peserta untuk satu sesi. Daftar sekarang untuk menempah tempat dalam kursus ini. RAHSIA PENDAPATAN RM4000 sebulan dengan cendawan walaupun mengusahakan secara part time akan DIBONGKAR  





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sesi Kursus Intensif Tanaman Cendawan buat kali ke-52 akan diadakan pada 27.12.2014.
Bagi yang berminat boleh daftar di bahagian kiri web blog ini.

Tempat terhad kepada 15peserta yang mendaftar awal.

LAPORAN KURSUS KIPC KALI KE-42

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia.

11 Jun 2011, Syukur Alhamdulillah Kursus Intensif Tanaman Cendawan Kali Ke-42 yang telah beberapa kali ditangguh akhirnya berjaya dilaksanakan dengan kehadiran 6 orang peserta keseluruhanya dengan 3 peserta adalah pelajar Universiti Tun Abdul Razak, 2 peserta dari Batu Gajah, Perak dan seorang daripada Pulau Pinang. Dipaparkan bersama ini gambar peserta kursus kali ini untuk tatapan pengunjung web blog E-Cendawan.Com.

Bagi yang masih tercari-cari kursus tanaman cendawan seperti ini, sekali lagi penganjur iaitu Ariela Enterprise akan menganjurkan kursus kali ke-43 pada 9 Julai 2011. Daftar kursus secara ONLINE di bahagian kiri web blog ini. RAHSIA PENDAPATAN RM4000 SEBULAN SECARA SAMBILAN AKAN DIBONGKAR.....Daftar sekarang kerana tempat adalah terhad.


KURSUS INTENSIF TANAMAN CENDAWAN KALI KE-36
TARIKH: 31-7-2010
MASA: 8.30AM - 5.30PM
TEMPAT: PUSAT LATIHAN TANAMAN CENDAWAN ARIELA,
33500 SAUK, KUALA KANGSAR, PERAK
YURAN : RM180/ORANG
(DISKAUN RM20/ORANG JIKA HADIR BERDUA @ BERKUMPULAN)

DAFTAR ONLINE DIBAHAGIAN KIRI WEB BLOG INI, TEMPAT ADALAH TERHAD.

LAPORAN KURSUS (KIPC) KE-21

12hb April 2009. Ariela Enterprise meneruskan tradisinya menyampai dan memberi ilmu berkaitan penanaman cendawan melalui Kursus Intensif Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Buat kali ke-21.

Kursus kali ini disertainya oleh 9 orang peserta datangnya daripada Perlis, Pahang, Terengganu, Pulau Pinang dan juga Perak. Semua peserta menunjukkan minat yang mendalam untuk menceburi bidang pertanian khususnya penanaman cendawan tiram ini yang menjanjikan pulangan yang lumayan dalam jangka masa yang singkat.

Berikut antara gambar yang sempat dirakam sepanjang perjalanan kursus kali ke-21 untuk tontonan pengunjung web blog e-Cendawan.com.

Bagi yang berminat untuk menyertai kursus anjuran Ariela Enterprise. Kursus berikutnya adalah seperti berikut:-

Tarikh : 26 April / 3 Mei 2009 (Ahad)
Masa : 8.30am - 5.00pm
Yuran : RM180 Seorang (RM160/orang jika hadir berkumpulan).
Yuran adalah meliputi beg media cendawan percuma
untuk dibawa pulang, Sijil, Nota & Modul Kursus,
Makan dan Minum sepanjang kursus.

Daftar sekarang kerana tempat terhad kepada 20 peserta terawal sahaja untuk setiap sesi.

LAPORAN KURSUS KALI KE-18

15 Febuari 2009, Ariela Enterprise & Krew e-Cendawan.com sekali lagi berjaya menganjurkan Kursus Intensif Penanaman Cendawan Buat Kali Ke-18. Dari 10 orang peserta yang mendaftar, hanya 5 peserta sahaja dapat menghadirkan diri.

Kursus kali ini disertai oleh 4 orang peserta dari Penang dan seorang daripada Perak. Rata-rata peserta kali ini amat berminat dengan penanaman cendawan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan dalam tempoh masa yang singkat. Kesan kegawatan ekonomi global juga antara faktor yang mendorong ramai ingin beralih bidang ke industri makanan, dan penanaman cendawan tergolong dalam industri ini.

Berikut adalah antara gambar-gambar sepanjang kursus yang sempat dirakam untuk tontonan pengunjung web blog e-cendawan.com.


Bagi sesiapa yang terlepas untuk menghadiri kursus pada 15 Febuari lepas, Ariela Enterprise sekali lagi akan menganjurkan kursus seperti ini pada 8 @ 22 Mac 2009 nanti. Daftar Online dibahagian kiri web blog ini untuk tempahan tempat sekarang...

LAPORAN KURSUS KIPC KALI KE-15

21 Disember 2008, Krew e-cendawan.com sekali lagi dengan jayanya melaksanakan tugas mengendalikan Kursus Intensif Penanaman Cendawan Tiram. Kursus ini adalah kursus kali ke-15 anjuran ARIELA ENTERPRISE. Kursus kali ke-15 ini merupakan kursus terakhir untuk tahun 2008. Setakat ini kami telah berjaya melatih seramai 100 orang peserta dalam industri tanaman cendawan tiram. 10% daripada keseluruhan peserta telah memulakan projek tanaman cendawan sendiri setakat ini. Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakamkan pada kursus kali ke-15 untuk tatapan pengunjung web blog e-cendawan.com.


Untuk tahun 2009, ARIELA ENTERPRISE akan menganjurkan kursus tanaman cendawan tiram pada 11, 18 dan 25 Januari 2008. Bagi individu, persatuan dan pertubuhan yang berminat untuk menimba ilmu berkaitan tanaman cendawan bersama kami bolehlah membuat tempahan online dibahagian kiri web blog ini.

DAFTAR SEKARANG, TEMPAT TERHAD KEPADA 20 PESERTA SAHAJA BAGI SETIAP SESI......