Laporan Perkembangan Maisilium.

Hari ini 28hb Julai 2007 genaplah 3 minggu (21hari) usia 10 beg cendawan untuk kajian. Dalam pemerhatian yang lakukan, perkembangan maisilium tidak sekata. Ada yang sudah menguasai beg cendawan sebanyak 61% dan yang paling sedikit hanya dapat menguasai sebanyak 31% sahaja daripada panjang keseluruhan beg cendawan.


Perkembangan maisilium antara beg cendawan dengan

media yang padat & kurang padat


Jika diperhatikan dengan teliti beg cendawan yang mempunyai media tidak padat, maisilium dapat menguasai 48% ke 61% beg cendawan. Manakala beg cendawan yang mempunyai media yang padat, maisilium hanya dapat menguasai sebanyak 31% ke 39% sahaja daripada panjang keseluruhan beg cendawan tersebut (Lihat 2 gambar dibawah)




Beg cendawan dengan media yang padat



Beg cendawan dengan media yang tidak padat



Disini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa, media yang tidak padat didalam beg cendawan, perkembangan maisiliumnya agak cepat berbanding media yang agak padat dalam beg cendawan.

Kata orang yang berpengalaman dalam penanaman cendawan, beg cendawan yang di isi media dengan padat dapat menghasilkan cendawan yang berkualiti, dan juga tuaian dari beg cendawan tersebut dapat dilakukan berkali-kali berbanding beg cendawan yang mengandungi media yang tidak padat.

Betul ke kenyataan di atas? Kita sama-sama nantikan. Jangan ketinggalan untuk mengikuti perkembangan 10 sampel beg cendawan yang aku hasilkan ini. Ikuti laporan seterusnya di e-cendawan.com

PENGUMUMAN!!!........

Kepada sesiapa yang berminat nak menceburkan diri dalam industri tani terutamanya dalam penanaman cendawan…. Kat sini saya ada info tentang kursus cendawan:-

1) Kursus Asas Penanaman Cendawan.
Tarikh : 26hb Julai 2007 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Tingkat 12,
Wisma Tani,
Putrajaya.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 012-2952321 (Mohd.Izwan)

Sumber: http://projekcendawan.blogspot.com/

2) Kursus Intensif Penanaman Cendawan (Teori & Praktikal)
Tarikh : 4hb Ogos 2007 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Atiqah Trading Agrotech
No.11 Kampong Padang,
35390 Behrang Station,
Perak.

Tempat adalah terhad, sila buat pendaftaran awal. Untuk keterangan lanjut sila hubungi 05-4541635 @ 019-3544888

Pencarian Atap Nipah Untuk Rumah Cendawan.

Pada kebiasaannya hari Ahad saya gunakan sepenuh masa untuk bersama keluarga dirumah. Maklumlah hari Ahad je aku cuti. Isnin hingga Sabtu kena berkerja, makan gaji la katakan.

Tapi semalam (22hb Julai 2007) saya tak duduk dirumah, sehari suntuk berjalan melawat makcik dan pakcik saya di Pasir Panjang dan Sungai Besar, Selangor. Kunjung-mengunjung untuk mengeratkan lagi siratulrahim…. Kalau nak diikutkan memang ramai saudara-mara saya kat Sungai Besar ni, sebab Ayah dan Mak saya memang berasal dari daerah ni (Parit 7 1/2 Timur, Sg. Besar).

Sesekali datang ke Sungai Besar ni seronok jugak, sejuk mata melihat kehijauan petak-petak sawah padi yang terbentang luas.



Selain melawat saudara-mara, sebenarnya kunjungan saya ke Daerah Sungai Besar ni nak mencari atap nipah untuk rumah cendawan yang bakal saya bina. Dengan informasi yang saya perolehi daripada sepupu saya dapatlah dua lokasi. Satu di Sungai Nibong, harga sekeping RM1.80 dan lokasi kedua di Pancang Bedena, harganya RM 2.00 sekeping. Mahal jugak yek!...

Kalau tak silap saya masa kursus hari tu bangsal atau rumah cendawan bersaiz 20’x 20’ sekurang-kurangnya memerlukan sebanyak 600 keping. RM1.80 X 600 = RM 1080. Banyak duit nak pakai tu…. belum masuk sewa lori lagi.

Banyak masa lagi, akan saya survey kat tempat lain pulak. Mana tau boleh dapat lagi murah. Pencarian atap nipah akan tetap dilakukan, kita sama-sama nantikan.