Showing posts with label Info cendawan. Show all posts
Showing posts with label Info cendawan. Show all posts

RE-UNION PESERTA KURSUS ATIQAH TRADING AGROTECH

Makluman kepada bekas peserta Kursus Intensif Penanaman Cendawan anjuran Atiqah Trading Agrotech. Satu perjumpaan akan diadakan bagi mengumpulkan semua bekas peserta-peserta kursus dilokasi dan tempat seperti berikut:-

Lokasi : Pusat Latihan Dan Kajian Tanaman Cendawan Tiram Atiqah Agrotech
No.88 Kampung Sungai Dara,
Jalan Canai, 35910 Behrang Stesyen,
Tg. Malim, PERAK.

Tarikh : 25hb Disember 2007

Masa : 8.30 pagi.

Tujuan re-union ini adalah untuk para peserta berkenalan dan berbincang berkaitan penanaman cendawan tiram. Agenda utama perjumpaan ini adalah untuk melantik wakil pengedar/pembekal peralatan penanaman cendawan bagi setiap negeri dan daerah seluruh Malaysia.

Semoga perjumpaan ini dapat memberi manfaat kepada semua bekas peserta kursus dan juga pengusaha-pengusaha cendawan tiram terutamanya pengusaha bumiputera.

Nantikan senarai nama pengedar/pembekal peralatan tanaman cendawan tiram seluruh negeri di Malaysia hanya di web blog e-cendawan.com

Jenis Cendawan Yang Berpotensi Di Malaysia.

Pada sesi taklimat Cendawan di Wisma Tani, Putrajaya pada 30hb Ogos 2007, saya telah dibekalkan dengan pamplet yang menerangkan jenis-jenis cendawan yang berpotensi untuk dijadikan tanaman komersil di Malaysia.


Di web blog e-cendawan.com ini saya lampirkan pamplet tersebut untuk dikongsi bersama peminat-peminat cendawan. Anda boleh muatturun atau mencetak pamplet tersebut dengan menggerakkan tetikus komputer anda ke gambar yang tertera dan klik butang save atau print.

Semoga maklumat-maklumat sebegini sedikit sebanyak dapat menarik minat rakyat Malaysia terutamanya golongan muda menceburi bidang pertanian secara komersil sekaligus dapat menjana ekonomi negara.

Info Kesihatan

Assalamuailaikum dan Salam Sejahtera…..

Kali ini saya nak memberi serba-sedikit info kepada pelawat blog e-cendawan.com ini. Info yang nak saya sampaikan ini adalah berkaitan dengan cendawan iaitu “khasiat cendawan untuk kesihatan”

Ok…cendawan didefinasikan sebagai organ pensporan kulat yang boleh dimakan. Ia mengandungi banyak protein, vitamin dan zat-zat galian seperti Kalium dan Posforus yang penting untuk kesihatan badan.

Khasiat cendawan mengikut jenisnya seperti berikut:-

Cendawan Tiram (Kelabu dan Putih)
Mengawal atur darah, meningkatkan sistem imum badan, merencatkan pertumbuhan tumor, aktioksidan dan aktiviti perlindungan gen.

Cendawan Ling Zhi.
Halang dan rawat kanser, melindungi hati dan merendahkan kandungan kolesterol dalam badan.

Cendawan Bunga Kobis.
Rawat ulser perut, membaiki otot dan merangsang pertumbuhan saraf.

Cendawan Jarum Emas.
Sebagai anti radangan, menghalang kerosakan DNA, menghalang jangkitan kuman dan berfungsi sebagai toksik terhadap sel tumor.

Cendawan Telinga Kera.
Boleh mengurangkan berat badan, antioksidan, merendahkan kolesterol dan mengawal peredaran darah.

Cendawan Butang.
Merencatkan kejadian semula kanser, mengandungi lantinan iaitu ubat antikanser dan meningkatkan sistem imun badan.

Itulah kelebihan pengambilan cendawan sebagai pemakanan. Banyak khasiatnya dan baik untuk kesihatan. Kesimpulannya makanlah cendawan banyak-banyak kerana setiap 100 gram berat cendawan yang kita ambil mengandungi 37kcal Tenaga, 89.2% air, 1.8% serat, 4.1% Karbohidrat, 3.6% Protien dan hanya 0.7% lemak.

Ok…bagi sesiapa yang tak reti makan cendawan tu, belajar-belajar la makan cendawan.

Pencarian Atap Nipah Untuk Rumah Cendawan.

Pada kebiasaannya hari Ahad saya gunakan sepenuh masa untuk bersama keluarga dirumah. Maklumlah hari Ahad je aku cuti. Isnin hingga Sabtu kena berkerja, makan gaji la katakan.

Tapi semalam (22hb Julai 2007) saya tak duduk dirumah, sehari suntuk berjalan melawat makcik dan pakcik saya di Pasir Panjang dan Sungai Besar, Selangor. Kunjung-mengunjung untuk mengeratkan lagi siratulrahim…. Kalau nak diikutkan memang ramai saudara-mara saya kat Sungai Besar ni, sebab Ayah dan Mak saya memang berasal dari daerah ni (Parit 7 1/2 Timur, Sg. Besar).

Sesekali datang ke Sungai Besar ni seronok jugak, sejuk mata melihat kehijauan petak-petak sawah padi yang terbentang luas.



Selain melawat saudara-mara, sebenarnya kunjungan saya ke Daerah Sungai Besar ni nak mencari atap nipah untuk rumah cendawan yang bakal saya bina. Dengan informasi yang saya perolehi daripada sepupu saya dapatlah dua lokasi. Satu di Sungai Nibong, harga sekeping RM1.80 dan lokasi kedua di Pancang Bedena, harganya RM 2.00 sekeping. Mahal jugak yek!...

Kalau tak silap saya masa kursus hari tu bangsal atau rumah cendawan bersaiz 20’x 20’ sekurang-kurangnya memerlukan sebanyak 600 keping. RM1.80 X 600 = RM 1080. Banyak duit nak pakai tu…. belum masuk sewa lori lagi.

Banyak masa lagi, akan saya survey kat tempat lain pulak. Mana tau boleh dapat lagi murah. Pencarian atap nipah akan tetap dilakukan, kita sama-sama nantikan.