KIPC KALI KE-52

27 Disember 2014, Kursus Tanaman Cendawan penutup untuk sesi 2014. Seramai 6 orang peserta hadir dari dua negeri iaitu Perak dan Kedah. Mereka sudah bersedia menghadapi cabaran 2015 dengan perusahaan tanaman cendawan. Kami dari krew E-Cendawan.Com komited membantu individu yang ingin menceburkan diri dalam bidang pertanian khususnya tanaman cendawan.

Bagi sesi 2015, kursus pertama dirancang pada 24 Januari 2015. Bagi yang berminat untuk menyertainya bolehlah menempah tempat sekarang. Kursus akan datang adalah terhad kepada 10orang sahaja agar pihak kami boleh memberi tumpuan untuk menyampaikan ilmu tentang tanaman cendawan dengan lebih berkesan.

Daftar Sekarang, TEKNIK MENJANA PENDAPATAN 4 ANGKA DIBONGKAR!!!....




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sesi Kursus Intensif Tanaman Cendawan buat kali ke-52 akan diadakan pada 27.12.2014.
Bagi yang berminat boleh daftar di bahagian kiri web blog ini.

Tempat terhad kepada 15peserta yang mendaftar awal.

KIPC KALI KE -51

SALAM SEJAHTERA...

Alhamdulillah sekali lagi pihak kami berjaya laksanaka Kursus Intensif Penanaman Cendawan Tiram Kelabu pada 30.11.2014. Kursus kali ke-51 dihadiri oleh 6 orang peserta yang datangnya dari Negeri Perak, Selangor dan juga Kedah.

Dipaparkan beberapa gambar semasa kursus dilaksanakan. Bagi yang berminat ingin menyertai kursus ini dimasa akan datang bolehlah mendaftar online di bahagian kiri web blog ini.

Tempat TERHAD kepada 15 peserta terawal. Daftar sekarang, konsep pertanian moden, MODAL KECIL, INCOME BESAR.




PEMGUMUMAN SEMUA!....Kursus Intensif Penanaman Cendawan ke-51 pada 15hb November 2014 di tunda ke 30hb November 2014...Masih terdapat banyak lagi kekosongan. Daftar Online di bahagian kiri Web Blog ini.

KURSUS INTENSIF PENANAMAN CENDAWAN (KIPC) KE-51

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Bagi meneruskan matlamat melahirkan lebih ramai usahawan dalam Industri Asas Tani terutamanya
dalam tanaman cendawan tiram kelabu. Dengan itu, Krew E-Cendawan.Com mempelawa individu yang berminat dalam mengusahakan tanaman cendawan untuk hadir pada kursus sesi ke-51 pada Tarikh, Masa dan Lokasi seperti didalam Gambar..

Anda hanya perlu mendaftar online di web blog ini dan Krew E-Cendawan.Com akan mendaftarkan anda secara rasmi dalam kursus akan datang. Jangan lepaskan peluang, tempat TERHAD kepada 15peserta yang mendaftar awal.

KIPC KALI KE-50

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.

Alhamdulillah dengan izin-NYA krew E-Cendawan.Com sekali lagi dengan jayanya
dapat menganjurkan Kursus Intensif Penanaman Cendawan buat kali Ke-50 pada 11 Oktober 2014.

Kursus buat julung kalinya dilaksanakan semula selepas lebih kurang 1 Tahun kami hentikan  berikutan kerja baikpulih dan kuarantin keatas Bengkel & Pusat Latihan Tanaman Cendawan kami.

Kursus kali ke-50 ini dihadiri oleh 5orang peserta dimana 2 orang datangnya dari Kelantan dan 3orang dari Perak. Pihak kami mendoakan agar peserta kali ini sukses dalam industri tanaman cendawan setelah mencebuti bidang ini.

Berikut antara gambar yang sempat dirakamkan semasa kursus ini. Bagi yang berminat mengikuti kursus ini dimasa akan datang, bolehlah mendaftar secara ONLINE di web blog www.e-cendawan.blogspot.com. Tempat terhad kepada 15 orang peserta sahaja.




KURSUS TANAMAN CENDAWAN KALI KE-50

SALAM SEJAHTERA SEMUA...

Krew E-Cendawan.com berbesar hati mempelawa individu yang berminat untuk menyertai kursus intensif penanaman cendawan tiram buat kali ke 50 yang dirancang pada 11. Oktober 2014 nanti.

Untuk mendaftar masukkan maklumat anda didalam borang online yang terpapar dibahagian kiri web blog ini. Pihak kami akan uruskan pendaftaran anda setelah maklumat anda diterima melalui sistem online kami.

Tempat adalah terhad kepada 15orang sahaja setiap sesi.Terkini, hanya 11 tempat saja masih kosong.
Daftar sekarang untuk memenuhi slot yang masih ada.


KURSUS CENDAWAN DITUNDA

Salam Sejahtera.

Makluman buat semua pengunjung web blog E-Cendawan.COm

Berikutan 4.10.2014 adalah sehari sebelum Sambutan Hari Raya Kurban, Maka kami
memutuskan kursus tanaman cendawan pada tarikh tersebut ditunda ke 11.10.2014.

Daftar kursus ONLINE di bahagian web blog ini.

SALAM BERSUA KEMBALI.

Alhamdulillah sekian lama berehat, dengan izinNYA sekali lagi kami kembali dalam mencurahkan ilmu dalam Kursus Intensif Tanaman Cendawan Buat Kali Ke-49 yang dirancang pada 4 Oktober 2014 nanti.

Jadi kepada sesiapa yang berminat sila isikan borang online dibahagian kiri web blog ini, Tempat terhad kepada 15orang sahaja setiap sesi.

DAFTAR SEKARANG....

MERDEKA 57

Salam Bersua Kembali.

Dikesempatan ini kami dari Ariela Enterprise dan Krew-krew E-cendawan.com ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57

Bersama-samalah kita menjaga keharmonian dan kemerdekaan yang telah kita kecapi.