KURSUS TANAMAN CENDAWAN BULAN FEBUARI 2008

Salam Sejahtera buat pelawat web blog e-cendawan.com. Berita baik untuk anda yang berminat untuk menceburi bidang pertanian dalam penanaman cendawan tiram. Berikut adalah maklumat kursus anjuran pengusaha cendawan se-Malaysia yang boleh anda hadiri sepanjang bulan Febuari 2008. Jangan lepaskan peluang, daftar segera kerana tempat adalah terhad. Dapatkan ilmu berkaitan penanaman cendawan dari pengusaha cendawan yang berpengalaman dalam industri ini.

Untuk pendaftaran sila hubungi penganjur-penganjur kursus seperti berikut:-



Untuk maklumat kursus tanaman cendawan anjuran pengusaha-pengusaha cendawan yang lain, sila lihat dibahagian kiri web blog ini di ruangan TAKLIMAT/KURSUS CENDAWAN.

KURSUS ANJURAN ARIELA ENTERPRISE (e-cendawan.com)

Free Image Hosting


Projek Perintis Penanaman Cendawan Tiram JKK Perlop, Sg. Siput, Perak

Sabtu, 19 haribulan Januari 2008. Ariela Enterprise (e-cendawan.com) dengan kerjasama Mentah Resources telah membekalkan sejumlah 3000 bongkah cendawan untuk Projek Tanaman Cendawan Tiram Belia JKK Kg. Perlop, Sungai Siput, Perak.




Sedikit info berkenaan projek tanaman cendawan ini. Projek Perintis Penanaman Cendawan Tiram Belia JKK Kg. Perlop ini bermula atas cetusan idea beberapa belia kampung tersebut yang melihat potensi perusahaan penanaman cendawan tiram yang menjamin pulangan lumayan. Sebagai permulaan sebanyak 3000 bongkah cendawan akan ditempatkan disebuah bangsal bersaiz 10' x 10'. Untuk menjayakan projek tersebut, ahli jawatankuasa projek ini telah memilih Ariela Enterprise untuk menjayakan projek ini.

Dimasa yang akan datang, ahli jawatankuasa projek dengan kerjasama JKK Kg. Perlop mensasarkan sebanyak 30 ribu bongkah cendawan untuk diusahakan dibawah rancangan Projek Tanaman Cendawan JKK Kg. Perlop.

Kami di Ariela Enterprise (e-cendawan.com) mengucapkan tahniah atas daya usaha belia-belia Kg. Perlop yang telah berusaha untuk memperkasakan bidang pertanian terutamanya dalam tanaman cendawan tiram kelabu. Tidak dilupakan juga buat Saudara Rasul dari Mentah Resources diatas kerjasama yang telah diberikan. Semoga jalinan kerjasama antara Ariela Enterprise dan Mentah Resources akan terus terjalin dalam menyemarakkan lagi industri tanaman cendawan tiram di Malaysia.



KAMI WARGA KERJA ARIELA ENTERPRISE MENGAMBIL KESEMPATAN MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU BUAT PELAWAT

WEB BLOG E-CENDAWAN.COM

SEMOGA TAHUN BARU 2008 MEMBERI DIMENSI BARU DALAM INDUSTRI TANAMAN CENDAWAN DI MALAYSIA. SELAMAT MAJU JAYA BUAT PELANGGAN E-BOOK BAGI TAHUN 2007. DI DOAKAN SEMOGA ANDA BEROLEH KEJAYAAN DALAM PERUSAHAAN TANAMAN CENDAWAN. BUAT PENGUSAHA TANAMAN CENDAWAN DAN RAKAN-RAKAN BLOGGER, SAMA-SAMALAH KITA MENYEMARAKKAN LAGI INDUSTRI TANAMAN DI MALAYSIA.

Graduan Raih RM12,000 Sebulan Tanam Cendawan.

Oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH 25 Dis. – Walaupun bergelar graduan Universiti Putra Malaysia (UPM), namun Nor Sanusi Mahmud, 25 tidak menyesal memilih untuk menceburi bidang tanaman cendawan.
Keputusan bijaknya itu membolehkan beliau meraih pendapatan sehingga RM12,000 sebulan.
Tanaman cendawan tiram kelabu yang diusahakannya sejak tahun 2004 kini menghasilkan sehingga 70 kilogram cendawan setiap hari.

Nor Sanusi yang berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan berkata, sewaktu mula menceburi perusahaan itu, dia hanya berbekalkan modal permulaan sebanyak RM28,000 sahaja.

Menurutnya, idea untuk terlibat dalam penanaman cendawan yang diusahakan di Kampung Telaga Papan di sini timbul setelah melihat sendiri kejayaan petani di Hatyai, Thailand.
Kata beliau, dia kemudian membuat keputusan untuk mencuba teknologi penanaman cendawan seperti yang dilaksanakan di Hatyai itu sehinggalah kini berjaya menjadi pembekal utama cendawan ke pasar borong seluruh Kelantan.

‘‘Bezanya kaedah yang digunakan ialah saya bina bangsal cendawan dari kayu pokok gelam, batang nibung dan atap rumbia seperti yang dilakukan petani di Hatyai.
‘‘Dengan kaedah ini kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membeli kayu dan atap asbestos yang semakin meningkat harganya seperti yang biasa dilakukan di negara ini,” katanya.

Tambah Sanusi, Pejabat Pertanian Pasir Puteh juga banyak membantu menjayakan projeknya dengan menyalurkan khidmat teknikal dan kepakaran termasuk kaedah penanaman yang sistematik.

‘‘Saya menjual cendawan ke beberapa tempat seperti Pasar Besar dan Pasar Borong Pasir Puteh dengan harga RM5.80 sekilogram.

‘‘Ia sudah cukup lumayan dengan pendapatan kasar sebanyak RM400 sehari,” katanya.
Beliau berkata, cendawannya mendapat permintaan tinggi bagi penghasilan masakan tomyam dan juga cendawan goreng yang diusahakan peniaga makanan di sekitar Kelantan dan sebahagian daerah di sempadan Kelantan dan Besut.

‘‘Saya sedia membantu usahawan baru khususnya belia lain yang berminat menceburi penanaman cendawan kerana prospeknya begitu baik ketika ini,” katanya.

Source : Utusan Online (26 Disember 2007)

KURSUS TANAMAN CENDAWAN PERTAMA

Pertanian Adalah Perniagaan. Satu slogan yang telah membuka mata masyarakat Malaysia untuk menceburi bidang pertanian. Penanaman cendawan antara bidang pertanian yang mendapat sambutan hangat masa ini. Kaedah penanamannya yang mudah dah tidak memerlukan modal yang besar telah menjadikannya satu bidang pertanian yang amat digemari masyarakat untuk diceburi.


Ahad 23hb Disember 2007 adalah hari pertama pihak Ariela Enterprise (e-cendawan.com) mengadakan kursus tanaman cendawan. Kursus tersebut bukanlah kursus formal anjuran Ariela Enterprise, sebaliknya adalah kursus tidak formal yang diberikan kepada saudara saya iaitu En. Zimil Azlan dari Pekan Razaki, Ipoh, Perak.


En. Zimil Azlan dan anak bongsu beliau sibuk membancuh media


Atas minat dan semangat untuk mendapatkan ilmu penanaman cendawan ini. Seawal jam 9.00 pagi En. Zimil Azlan telah tiba di bangsal cendawan saya. Kursus dijalankan secara ringkas dari bancuhan media cendawan, penyediaan beg media, pengukusan beg media sehinggalah proses suntikan benih. Walaupun ringkas, diharapkan ilmu yang disampaikan oleh kami di Ariela Enterprise akan menyuntik semangat saudara Zimil Azlan untuk menjadi antara pengusaha cendawan tiram kelabu berjaya pada masa akan datang, InsyaAllah.

Makluman untuk semua. Pihak kami akan menjalankan Kursus Insentif Tanaman Cendawan pada tahun hadapan. Kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiri kursus tersebut, jangan lupa untuk melayari web blog e-cendawan.com bagi mengetahui maklumat lanjut tentang kursus tersebut.


SALAM AIDILADHA


Salam Aidiladha kepada semua pembaca/pengunjung web blog e-cendawan.com. Kepada mereka yang mempunyai sanak saudara di Tanah Suci mengerjakan ibadat haji didoakan mereka sihat dan dapat melaksanakan Rukun Islam ini dengan sempurna, insyaAllah.

KURSUS INTENSIF PENANAMAN CENDAWAN-ANJURAN CHINI AGRO

Klik untuk besarkan gambar