LAPORAN KURSUS KALI KE-5 (15/6/2008)

AHAD, 15hb Jun 2008. ARIELA Enterprise dan Crew e-Cendawan.com dengan jayanya telah melangsungkan Kursus Intensif Penanaman Cendawan (KIPC) buat kali ke-5. Kehadiran peserta kali ini agak sedikit berbanding kursus sebelumnya. Hanya 3 orang peserta sahaja yang hadir untuk kursus kali ini. Kesemua peserta datangnya dari Perak. Walaupun dengan kehadiran 3 orang peserta sahaja, Crew e-Cendawan.com tidak pernah berputus asa kerana kami tetap komited dan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam menyampaikan ilmu tentang penanaman cendawan kepada setiap individu yang berminat.

Apa yang menarik dengan kursus kali ini ialah salah satu beg media cendawan kami menghasilkan kelopak cendawan tiram yang bersaiz besar seperti gambar dibawah. Ukuran diameter cendawan ini adalah 14cm. Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakam semasa hari kursus untuk tatapan pengunjung web blog e-cendawan.com.


Untuk sesiapa yang berminat untuk menghadiri kursus tanaman cendawan anjuran ARIELA Enterprise pada 21 dan 29hb Jun 2008 nanti boleh terus mendaftar secara online atau menghubungi 013-3911265 atau 013-4203614 untuk pendaftaran. Bagi yang berminat untuk hadir Bengkel Citarasa Cendawan bersama Puan Zainon Ariffin (Usahawan Cendawan Berjaya Selangor) pada 22hb Jun 2008 nanti, pendaftaran masih dibuka. Daftar sekarang kerana tempat adalah terhad.

LAGI BERITA USAHAWAN CENDAWAN

Sumber: Utusan Malaysia Online 30hb Mei 2008
Oleh: LAUPA JUNUS

NABIL TEKAD TANAM CENDAWAN.

"Bukan senang hendak tanam cendawan,'' demikian kata-kata yang terpacul dari mulut Nabil Sanusi, sebaik ditanya apakah beliau seronok dan tidak menyesal menceburi industri penanaman cendawan yang kini semakin popular itu.Kata-kata tersebut seakan satu 'pukulan balas' kepada mereka yang beria-ia ingin menceburi pertanian khususnya tanaman cendawan kerana membayangkan setiap helaian daun tanaman tersebut sebagai wang ringgit.

Kepada Nabil, membayangkan sesuatu yang menguntungkan boleh menjadi pendorong dalam setiap perkara yang diusahakan tetapi dengan syarat, perlu mengusai ilmu yang berkaitan untuk menjamin kejayaan.

Nabil, 37, yang kini terlibat dalam industri automotif pada mulanya hanya ingin mempelbagaikan sumber ekonominya dan memilih cendawan tiram kelabu untuk diusahakan.

Pada 2005, beliau ditawarkan mengusahakan tanaman orkid di Johor oleh Persatuan Penanam Orkid tetapi atas faktor tertentu dan lokasi yang agak jauh, Nabil menolak tawaran tersebut.

Namun tekadnya untuk mengusahakan sesuatu yang menguntungkan tidak pernah padam malah, sering terfikir melakukan sesuatu yang terbaik untuk masa depan.

Takdir telah menentukan beliau menceburi perusahaan tanaman cendawan apabila dipertemukan dengan seorang rakan di Nilai, Negeri Sembilan yang telah mengusahakan tanaman tersebut terlebih dahulu.

Beliau yang disarankan untuk mencuba bidang tersebut tidak menunggu lama, dan dengan sokongan keluarganya, Nabil mengambil keputusan untuk terlibat secara serius.

Nabil tidak perlu menunggu lama, sama ada kerana terpaksa menubuhkan syarikat atau membuat pinjaman terlebih dahulu, tetapi seperti kebanyakan usahawan pertanian masa kini, dia terus sahaja memulakan usaha di atas sekeping tanah seluas kira-kira 0.4 hektar (satu ekar) milik keluarganya di Jalan Ahmad Khushasi, Jenderam Hulu, Sepang, Selangor.

PelaburanBerbekalkan wang simpanan, Nabil membuat pelaburan awal sebanyak RM200,000 untuk membina tiga rumah cendawan bersaiz 70 kaki x 30 kaki pada awal tahun lalu dan menambah empat rumah lagi secara berperingkat-peringkat.

Beliau juga mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat khas, NAS Agro Farm pada Oktober tahun lalu untuk menjalankan operasi di kawasan tanah tersebut yang pada asalnya dusun buah-buahan.

Tanpa meninggalkan kerjayanya sebelum ini, beliau menambah pelbagai kemudahan dan kelengkapan sebagai bukti kesungguhannya untuk terbabit secara serius.

Nabil yang turut dibantu isterinya, Surina Saad, juga terpaksa menggaji tujuh pekerja termasuk seorang penyelia memandangkan tanaman cendawan memerlukan tumpuan dan kerja yang banyak.

Ketika ini, dengan pelaburan keseluruhan kira-kira RM400,000, kompleks tanaman cendawan tersebut telah dikembangkan operasinya dengan tujuh rumah cendawan yang memuatkan kira-kira 200,000 polibeg. Rumah itu dilengkapi sebuah bilik suntikan benih, rumah menyediakan polibeg dan alat pengukusan dan alat mencampur adunan substrat (media).

"Saya juga sedang menyiapkan sebuah makmal menghasilkan benih cendawan menggunakan teknik kultur tisu bagi mengatasi masalah pengusaha untuk mendapatkan benih yang baik,'' ujarnya.

Kelengkapan tersebut, kata beliau, dapat disediakan dengan bantuan peruntukan Jabatan Pertanian sebanyak RM10,000.

Nabil menjelaskan, beliau akan memberi tumpuan kepada pengeluaran benih, sebagai satu cabang perniagaan baru dalam industri tanaman cendawan supaya pengusaha sedia ada mudah mendapatkan bekalan.

Bagaimanapun katanya, pengeluaran benih yang boleh dilaksanakan dalam tempoh terdekat hanya akan dikomersialkan seawal-awalnya enam bulan daripada sekarang.

Ini kerana, beliau perlu terlebih dahulu memastikan benih yang dihasilkan bermutu tinggi sebelum dipasarkan kepada pengusaha lain.

Mengenai kemungkinan beliau akan menambah kemudahan sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran, Nabil berkata, meskipun permintaan terhadap cendawan amat tinggi, tumpuan perlu diberikan kepada tanaman sedia ada.

"Saya hanya mampu mengeluarkan 50 kilogram (kg) cendawan sehari sedangkan permintaan yang diterima sekurang-kurangnya 150 kg sehari dan kadangkala mencecah 200 kg,'' ujarnya.

Tambahnya, cendawan merupakan tanaman yang sensitif dan memerlukan kawasan bersih sepanjang masa.

Penggunaan bahan kimia perlu dielakkan sama sekali tetapi pada masa yang sama kawalan penyakit perlu beri keutamaan.

Katanya, penyakit utama cendawan ialah kulat hijau dan oren dan ia boleh dikesan dengan memerhatikan sebarang perubahan warna pada polibeg yang telah disuntik dengan benih.

Cendawan katanya, boleh mengeluarkan hasil selepas dua bulan disuntik dan kemudiannya dieramkan.

Sepanjang tempoh dua bulan setengah berikutnya, kutipan hasil boleh dilakukan enam atau tujuh kali.

Setiap cendawan yang dipetik pula dianggarkan mempunyai berat antara 80 dan 100 gram.

Pada masa ini, beliau memasarkan cendawan harga RM7 sekilogram dengan pembeli datang sendiri ke ladangnya untuk mendapatkan bekalan.

Beliau juga akan cuba mengusahakan tanaman cendawan spesies abalone dan telinga kera yang merupakan cendawan yang sedap dan kenyal.

Syarikat Nabil juga akan menawarkan kursus kepada mereka yang berminat mendapatkan pengetahuan mengenai aspek penanaman cendawan dan sebuah bangunan khas untuk tujuan itu sedang dibina.

Dalam pada itu, beliau juga memulakan usaha awal menternak cacing untuk menghasilkan baja kompos dengan memanfaatkan semula bahan substrat yang telah digunakan.

Sebuah bangunan khas disediakan untuk tujuan itu.

Selepas lebih setahun beroperasi, usaha Nabil semakin menampakkan sinar yang diharapkan.

Tetapi bagi mereka yang berminat, dia sekali berpesan, supaya bertahan kerana cendawan bukan satu tanaman yang mudah diusahakan.

"Saya sendiri pernah dilanda pelbagai masalah terutama serangan penyakit yang memaksa polibeg yang mengandungi benih dimusnahkan selain serangan makhluk perosak,'' ujarnya.

BENGKEL CITARASA CENDAWAN DITUNDA

HARAP MAKLUM, BENGKEL CITARASA CENDAWAN PADA 18/5/2008 DITUNDA KE BULAN JUNE. TARIKH DAN TEMPAT AKAN DI BERITAHU KELAK. MAAF DIATAS SEBARANG KESULITAN. PENDAFTARAN MASIH DIBUKA KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT.

MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI 013-4203614 @ 013-3911265
(Untuk Tempahan Tempat Sila Daftar Secara Online di Bahagian Kiri Web Blog Ini)

BENGKEL CITARASA CENDAWAN

AZHARI

SALAM BERSUA KEMBALI kepada pengunjung web blog e-cendawan.com

Seperti yang kita semua ketahui, perusahaan industri penanaman cendawan tiram adalah satu industri yang berpotensi untuk dimajukan. Konsep penanamannya yang unik, bersih dan ringkas disamping menjanjikan pulangan pendapatan yang lumayan menyebabkan ramai ingin menceburkan diri dalam penanaman cendawan tiram.

Seperti kebiasaannya, pengusaha cendawan memasarkan hasil tanaman cendawan mereka secara segar, iaitu menjual cendawan segar dalam pek 100gram atau 200gram dengan kadar harga antara RM1.00 ke RM2.00 satu pek. Kita mungkin pernah terdengar atau terbaca diakhbar bahawa ada pengusaha cendawan memperoleh pendapatan mencecah RM12 ribu sebulan dengan menjual cendawan segar.

Jika dijual segarpun boleh memperoleh pendapatan mencecah 5 angka. Bagaimana pula jika cendawan tiram ini dikembangkan dengan menghasilkan produk hiliran sebagai contoh dijadikan cendawan goreng rangup sejuk beku dan dipasarkan. Sudah pasti pendapatan penanam cendawan akan lebih lumayan.

Kenyataan diatas tidak boleh dinafikan. Tetapi tidak semua pengusaha cendawan tahu kaedah menghasilkan produk hiliran berasaskan tanaman cendawan ini. Untuk itu ARIELA Enterprise dengan kerjasama AKRAB NIAGA Enterprise akan mendedahkan kaedah atau teknik menghasilkan produk makanan sejuk beku berasaskan cendawan tiram ini yang nyata masih kurang lagi diusahakan di MALAYSIA.

"Bengkel Citarasa Cendawan" bagi Zon Utara akan diadakan pada 18hb MEI 2008 ini di Kuala Kangsar, Perak. Melalui bengkel ini, para peserta akan diberi pendedahan dalam menghasilkan produk makanan sejuk beku berasaskan cendawan tiram. Anda akan diajar bagaimana menghasilkan 4 jenis produk makanan sejuk beku yang berpotensi untuk dipasarkan didalam pasaran tempatan dan juga berpotensi untuk dieksport.

Bukan setakat itu sahaja, kami juga akan mendedahkan kepada anda bagaimana untuk memanfaatkan beg media cendawan yang tidak aktif lagi dengan menjadikannya sebagai baja kompos dan juga makanan untuk ternakan kambing.

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENGHADIRI BENGKEL CITARASA CENDAWAN INI KERANA BANYAK FAEDAH YANG BAKAL ANDA PEROLEHI.

UNTUK INFO LANJUT & PENDAFTARAN SILA HUBUNGI URUS SETIA DITALIAN 013-420 3614 atau 013-391 1265. DAFTAR SEKARANG KERANA TEMPAT ADALAH TERHAD, TARIKH TUTUP PENDAFTARAN ADALAH PADA 15hb MEI 2008.

(MUAT TURUN BORANG KURSUS DI BAHAGIAN KIRI WEB BLOG INI)

LAPORAN KURSUS CENDAWAN KALI KE-4 (19/4/2008)

Salam Sejahtera buat pelawat web blog e-Cendawan.com

SABTU, 19hb April 2008 Ariela Enterprise sekali lagi berjaya menganjurkan Kursus Intensif Penanaman Cendawan (KIPC) kali ke-4. Kursus kali ini mendapat sambutan yang agak menggalakkan dengan kehadiran seramai 18 orang peserta yang rata-ratanya datang daripada 3 buah negeri di utara tanahair iaitu Perak, Kedah dan Perlis.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam untuk tatapan pengunjung web blog e-Cendawan.com

Krew e-Cendawan.com mengucapkan tahniah kepada semua peserta. Semoga ilmu yang dicurahkan dapat dipraktikkan sebaik-baiknya. Buat pengunjung web blog yang berminat untuk menceburi industri penanaman cendawan tiram kelabu ini, Ariela Enterprise dan Teguh Hadhari Enterprise akan menganjurkan Kursus Intensif Penanaman Cendawan di Negeri Kedah pada bulan Jun 2008 nanti. Jangan lepaskan peluang, daftar sekarang kerana tempat adalah terhad.

PROGRAM BICARA TANI BAGI DAERAH KUALA KANGSAR (8/4/2008)

"PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN" adalah slogan yang telah berjaya menaikkan sektor pertanian sebagai enjin ketiga bagi pertumbuhan ekonomi negara. Jika dulu pertanian dikaitkan dengan kemiskinan dan kemunduran. Tetapi kini orang ramai mula sedar bahawa mengusahakan sektor pertanian mampu menjana pulangan yang lumayan.

Untuk itu, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani telah memperkenalkan program "Bicara Tani" di setiap negeri. "Bicara Tani" adalah satu kempen Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menarik minat dan menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam sektor pertanian dan industri asas tani.


Antara Peserta Yang Hadir Dalam Program BICARA TANI di Dewan Merdeka Kuala Kangsar

8hb April 2008 merupakan tarikh program BICARA TANI untuk Daerah Kuala Kangsar, Perak. Krew e-cendawan.com tidak melepaskan peluang untuk menghadiri program tersebut yang berlangsung di Dewan Merdeka Kuala Kangsar. Program yang dihadiri oleh lebih 300 orang dari segenap pelusuk Daerah Kuala Kangsar ternyata amat berkesan kerana setiap peserta diberi pendedahan kepada maklumat terkini mengenai strategi, hala tuju, usaha, bantuan dan sokongan-sokongan yang disediakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta agensi-agensi di bawahnya dalam mengembangkan sektor pertanian di Malaysia.

Untuk anda yang berada diluar sana, jangan lepaskan peluang menghadiri progam BICARA TANI yang akan berlangsung di negeri dan daerah anda. Untuk mengetahui tarikh dan tempat program ini dijalankan sepanjang tahun ini sila layari laman web berikut.

http://www.bicaratani.com.my/lokasi.html

LAPORAN KURSUS CENDAWAN KE-3 (5/4/2007)

Salam Sejahtera buat pengunjung web blog e-cendawan.com.

5hb April 2008, Ariela Enterprise sekali lagi berjaya menganjurkan Kursus Intensif Penanaman Cendawan Tiram Kelabu. Kursus tersebut adalah kursus buat kali ketiga. Peserta kursus kali ini datangnya daripada Perak, Selangor dan juga Kedah. Warga kerja e-cendawan.com mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta kursus kerana memberi kepercayaan untuk hadir kursus anjuran Ariela Enterprise. Semoga segala ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Berikut adalah gambar yang sempat dirakam sepanjang kursus untuk tatapan semua.



Kepada yang berminat untuk mendalami ilmu penanaman cendawan, Ariela Enterprise akan menganjurkan sekali lagi Kursus Intensif Penanaman Cendawan pada 19hb APRIL 2008. Pendaftaran masih dibuka. Daftar sekarang kerana tempat terhad kepada 20 peserta sahaja.

KETERANGAN LANJUT UNTUK KURSUS
TANAMAN CENDAWAN 19/4/2008
HUBUNGI 013-391 1265 (AZHARI)
(MUAT TURUN BORANG KURSUS DISEBELAH KIRI WEB BLOG INI)

KURSUS CENDAWAN SANTAI HUJUNG MINGGU

Salam Sejahtera buat pengunjung web blog e-cendawan.com.

Perusahaan Tanaman Cendawan Tiram Kelabu kini kian mendapat perhatian dan sambutan dari segenap lapisan masyarakat. Kejayaan pengusaha cendawan meraih pendapatan mencecah 4 angka sebulan telah menarik minat ramai ingin mengusahakan tanaman ini. Liputan dan pendedahan meluas dari akhbar tempatan berkaitan kejayaan pengusaha cendawan menguatkan lagi minat orang ramai untuk menceburi dalam bidang ini.

Industri cendawan kini bukan sahaja terdiri daripada petani semata-mata tetapi melibatkan pelbagai golongan profesional.Ini menunjukkan industri cendawan semakin mendapat tempat dalam masyarakat kerana konsep penanamannya yang ringkas dan kemas serta memberikan pulangan lumayan.



Bagi mereka yang berminat untuk mendalami tentang teknik penanaman cendawan, Kami di Ariela Enterprise (e-cendawan.com) bagi Zon Utara tanah air dan Seakrab Jaya Enterprise (cendawanmelaka) bagi Zon Selatan tanah air akan menganjurkan Kursus Cendawan Santai Hujung Minggu bermula pada bulan April 2008 nanti. Kursus ini diadakan setiap hari Ahad dan terhad kepada 5 orang peserta setiap sesi. Untuk keterangan lanjut sila hubungi penganjur kursus seperti dibawah.
Photobucket
Untuk yang berada di Pantai Timur tanah air, terdapat juga kursus cendawan anjuran Chini Agro Enterprise. Sila hubungi penganjur-penganjur kursus yang lain ditalian seperti yang tertera dibawah.