LAPORAN KURSUS KIPC KALI KE-14

SALAM AIDILADHA BUAT PENGUNJUNG WEB BLOG E-CENDAWAN.COM, RAKAN-RAKAN PENGUSAHA CENDAWAN, PESERTA KURSUS TANAMAN CENDAWAN KUMPULAN 1 HINGGA 14 DAN KEPADA SEMUA YANG MENGENALI DAN PERNAH BERURUSAN DENGAN KAMI. MAAF ZAHIR & BATIN DARI ARIELA ENTERPRISE & KREW E-CENDAWAN.COM.

Syukur kehadrat ilahi Kursus Intensif Penanaman Cendawan (KIPC) kali ke - 14 pada 30hb November 2008 telah selamat dijalankan. Pada kursus kali ini seramai 9 orang peserta datangnya dari 3 buah negeri utara tanah air (Perak, Penang dan Perlis).


Rata-rata peserta memang cukup bersemangat ingin menceburi industri tanaman cendawan ini. Mereka hadir dengan satu tujuan iaitu ingin mendalami ilmu atau teknik penanaman cendawan tiram dari krew e-cendawan.com. Berikut adalah gambar untuk tatapan pengunjung web blog e-Cendawan.com
Kursus berikutnya iaitu kursus terakhir buat tahun 2008 akan dianjurkan pada 21 Disember 2008. Pendaftaran masih dibuka. Jika anda berminat untuk mengikuti kursus pada hari tersebut sila buat pendaftaran online dibahagian kiri web blog ini. BERTINDAK SEKARANG KERANA TEMPAT ADALAH TERHAD.

AGROFEST PERAK 2008

Salam bersua kembali....


Acara tahunan iaitu Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perak kembali lagi. Acara ini akan berlangsung pada 26 November 2008 hingga 30 November 2008 ditempat yang sama seperti tahun lepas iaitu di
Ladang Infoternak, Sungai Siput, Perak.
Mari beramai-ramai memeriahkan acara tersebut, pelbagai ruang pameran berkaitan pertanian dipamerkan pada hari tersebut. Bersama menyokong industri pertanian negara. PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

LAPORAN KURSUS (KIPC) KALI KE-13

AHAD 16hb November 2008, Kursus Intensif Penanaman Cendawan Kali Ke-13 berlangsung dengan jayanya. Dari 8 orang peserta yang mendaftar hanya 4 orang sahaja yang hadir. Antara yang hadir ialah Che Yang ditemani anaknya (Pekan Razaki Ipoh, Perak), Aswadi (Batu Gajah, Perak), Ishak (Seri Manjung, Perak) dan S.Surendran (Simpang Ampat, Pulau Pinang). Berikut adalah gambar yang telah dirakam semasa kursus untuk tatapan pengunjung web blog e-cendawan.com



Kursus selanjutnya akan diadakan pada 30hb November 2008. Setakat ini (18/11/08) 9 orang telah mendaftar dan masih terdapat beberapa kekosongan lagi. Jika berminat untuk menyertai kursus anjuran kami daftar online di bahagian kiri web blog ini. Tempat terhad kepada 20 peserta sahaja. DAFTAR SEKARANG.......

BERHENTI KERJA USAHAKAN CENDAWAN TIRAM KELABU

Oleh ANI AWANG

Nor Ariff Mat Nasid menunjukkan benih cendawan tiram kelabu di Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak, semalam.
BOTA 7 Nov. - Menyedari bidang pertanian mendatangkan pulangan yang lumayan, seorang pemuda, Nor Ariff Mat Nasid, 28, nekad berhenti kerja di sebuah kilang kereta kerana mahu menceburi tanaman cendawan tiram kelabu di Parit 11, Titi Gantung, dekat sini.
Beliau yang menceburi perusahaan itu bersama-sama dengan abangnya, Nor Azman telah memajukan perusahaan tersebut sejak dua tahun lalu.

"Saya sanggup berhenti kerja di kilang membuat kereta di Rawang kerana mendapati tanaman cendawan yang diusahakan di rumah mempunyai potensi di pasaran.
"Saya dan abang memajukan tanaman cendawan ini kerana tidak ada pengusaha lain yang memajukan perusahaan ini di sini secara besar-besaran," katanya ketika ditemui pada pameran sempena Hari Ladang anjuran Jabatan Pertanian Daerah Perak Tengah di Titi Gantung dekat sini hari ini.

Beliau yang mendapat bimbingan daripada usahawan yang berjaya mengenai tanaman cendawan ini mengusahakan tanaman itu walaupun tidak mempunyai sebarang peralatan moden dan canggih.

''Saya dan abang melaburkan modal permulaan sebanyak RM10,000 untuk membina sebuah rumah bagi menempatkan tanaman yang semakin digemari ramai itu.
"Tanaman ini menggunakan bahan-bahan yang mudah diperoleh seperti kulit gandum, dedak padi, kapur dan habuk kayu untuk dijadikan tempat pembiakan cendawan ini," katanya.Hasilnya, kata Nor Ariff, perusahaannya kini mempunyai 40,000 beg cendawan yang sedia untuk dituai pada bila-bila masa.

"Walaupun perusahaan ini dibuat di kawasan rumah tetapi saya berpuas hati kerana kualiti cendawan yang dihasilkan setanding dengan cendawan yang diusahakan oleh pengusaha lain," katanya.

Nor Ariff berkata, cendawan tiram kelabu ini mempunyai rasa yang enak apabila di makan kerana penanamannya tidak menggunakan bahan-bahan kimia.
Menurut beliau, penanaman cendawan ini mampu mengeluarkan hasil dalam tempoh dua bulan.Katanya, hasil cendawan ini boleh dituai dalam tempoh di antara tujuh hingga sembilan bulan bagi setiap beg plastik yang diusahakan itu.

''Setiap cendawan yang dikutip itu dipasarkan di sekitar Titi Gantung dan Seri Iskandar dengan harga di antara RM8 hingga RM10 bagi setiap sekilogram," katanya.
Nor Ariff bercadang untuk membesarkan perusahaannya pada masa depan dengan harapan tanaman ini boleh dipasarkan di beberapa kawasan lain kerana permintaan yang meningkat dari semasa ke semasa.

Katanya, sesiapa yang berminat mengikuti kursus mengenai penanaman cendawan boleh menghubungi beliau di Lot 262, Parit 11, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
sumber: Utusan Malaysia

PERHIMPUNAN PAKAR TEKNOLOGI CENDAWAN

Pusat Penyelidikan Cendawan Universiti Malaya (UM), Persatuan Cendawan Malaysia, Jabatan Pertanian dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (MNS) akan menganjurkan Persidangan Cendawan dan Foray 2008 pada 27 hingga 29 November ini di Fakulti Sains UNIVERSITI MALAYA. Pakar cendawan dalam dan luar negara akan berhimpun dalam persidangan tersebut. Pelbagai aktiviti berkaitan industri cendawan akan diadakan. Jangan lepaskan peluang untuk hadir persidangan tersebut. Untuk keterangan lanjut, klik pautan berikut:-

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1107&pub=utusan_malaysia&sec=Agrobiz&pg=ag_02.htm&arc=hive

http://www.ippp.um.edu.my/mmcf2008

LAPORAN KURSUS KALI KE-12

AHAD 2hb November 2008. Alhamdulillah kursus intensif penanaman cendawan kali ke-12 selamat dijalankan. Dari 15 peserta yang mendaftar hanya 7 orang peserta sahaja yang dapat menghadirkan diri. Kehadiran empat orang adik-beradik daripada Bukit Mertajam, Pulau Pinang iaitu Zuliza, Zurita, Azwan dan Safarul dalam kursus anjuran e-Cendawan.com kali ini memeriahkan dan menceriakan suasana kursus.


Berikut adalah gambar peserta kursus yang telah berjaya menjalani latihan teori dan juga praktikal di Pusat Latihan Tanaman Cendawan Ariela Enterprise. Pihak Ariela Enterprrise dan krew e-Cendawan.com ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana semua peserta kerana telah memilih kursus anjuran kami untuk mencari pengalaman dan menimba ilmu dalam teknik-teknik penanaman cendawan tiram. Semoga segala ilmu yang telah disampaikan digunakan dengan sebaik-baiknya dan dimanfaatkan sepenuhnya.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk hadir kursus anjuran kami yang lepas dan berminat untuk mengikuti KURSUS INTENSIF TANAMAN CENDAWAN TIRAM anjuran Ariela Enterprise. Kursus kali ke-13 dan 14 akan dilangsungkan pada 16hb November dan 30hb November nanti. Untuk mendaftar sila isikan borang online dibahagian kiri web blog ini atau SMSkan Nama Penuh, I.C dan Alamat Kediaman anda ke talian 013-391 1265 atau 013-4203614.

PENDAFTARAN MASIH DIBUKA DAN TERHAD KEPADA 20 PESERTA TERAWAL SAHAJA UNTUK SETIAP SESI.

LAPORAN KURSUS KALI KE-11

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Ariela Enterprise dan krew e-Cendawan.com ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin" buat semua penegunjung web blog e-Cendawan.com, Peserta kursus anjuran kami dari Kumpulan 1 hingga 10 & rakan-rakan pengusaha cendawan di seluruh Malaysia.

26hb Oktober 2008, Alhamdulillah syukur kursus tanaman cendawan kali ke-11 telah dilaksanakan dengan jayanya. Kursus kali ini dihadiri seramai 12 orang peserta yang datangnnya dari negeri Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Kursus kali ini juga disertai oleh 3 orang peserta berbangsa cina daripada Bagan Serai iaitu Mr. Khoo, isteri dan adik beliau.

Berikut adalah gambar yang telah dirakam sepanjang kursus tanaman cendawan kali ke-11 untuk tatapan semua.



Kursus seterusnya adalah pada 2hb November 2oo8 ini. Setakat ini sudah 10 orang telah mendaftar. Jadi kekosongan masih ada dan jika anda berminat sila SMS nama, i.c dan alamat anda kepada saya atau daftar ONLINE di dalam blog ini.

CERITA DI BULAN SYAWAL

Ramadhan sudah berlalu, Kini kita didalam bulan Syawal. Ini menandakan kejayaan kita mengharungi bulan puasa yang penuh dengan cabaran.
Orang lain masih sibuk lagi beraya dengan open house sana sini .Tapi krew e-cendawan.com sudah kembali semula ke area penghasilan bongkah cendawan pada raya ke-4. Bongkah yang sudah tidak aktif perlu ditukar baru. Tempahan untuk bongkah juga banyak lepas hari raya ini. Semua ni perlu disiapkan.

Hari raya ke-10 kena pula stop production bongkah cendawan, Isteri saya dimasukkan ke wad sebab tekanan darah tinggi. Isteri pula sarat mengandung anak kedua. Doktor beritahu isteri hyper tension dan perlu lakukan operation, Kelahiran anak kedua tak cukup bulan (35minggu). Tuhan je yang tau masa tu, punyalah takut. Alhamdulillah semuanya selamat, saya dapat baby girl berat hanya 1.85kg ajer. So baby kena duduk dalam incubator seminggu. Kena cucuk jarum sana sini. Kesian betul tengok baby, kecik-kecik dah kena cucuk jarum. Dah tua ni pun tengok jarum pun dah takut, belum kena cucuk lagi. Semalam baru discharge dari Hospital Taiping lepas doktor pakar sahkan semuanya ok.

Dalam kekalutan dan kepala berceramuk berulang alik dari rumah di Kuala Kangsar ke Hospital Taiping dan memikirkan kesihatan baby, saya dapat satu panggilan dari Pejabat MARA Kuala Lumpur pada 14hb Oktober 2008. Timbalan Pengarah 1, Bahagian Pembangunan Usahawan menyatakan keinginannya untuk bekerjasama dengan Ariela Enterprise menganjurkan kursus tanaman cendawan untuk golongan miskin/miskin tegar di 3 buah Negeri Utara Semenanjung Malaysia iaitu Perak, Kedah dan Perlis. Syukur pada Allah. Mungkin ini rezeki tuhan nak bagi atas kelahiran anak kedua ini.

Kertas kerja bagi penganjuran kursus tersebut sudah dikemukakan kepada pihak MARA. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Jika kerjasama ini terjalan , ini merupakan lembaran baru bagi Ariela Enterprise (e-Cendawan.com) dalam industri tanaman cendawan, INSYAALLAH.....