UNDANGAN KE MAJLIS PERKAHWINAN

Salam Sejahtera.

Ariela Enterprise dan pemiliknya En. Azhari Asri ingin mengambil peluang ini menjemput pengunjung web blog e-cendawan.com, rakan pengusaha cendawan seluruh malaysia, para peserta kursus tanaman cendawan KIPC kumpulan 1 hingga 15 dan kepada sesiapa yang pernah berurus niaga dengan kami untuk hadir ke Majlis Perkahwinan adik ipar En. Azhari Asri pada 27hb Disember 2008 di alamat seperti di bawah:

No.9 Persiaran Ria 1,
Taman Ria Fasa II Sauk,
Kuala Kangsar, Perak.

Kehadiran tuan puan diharap dapat memeriahkan lagi majlis kami. Sekian Terima Kasih

LAPORAN KURSUS KIPC KALI KE-15

21 Disember 2008, Krew e-cendawan.com sekali lagi dengan jayanya melaksanakan tugas mengendalikan Kursus Intensif Penanaman Cendawan Tiram. Kursus ini adalah kursus kali ke-15 anjuran ARIELA ENTERPRISE. Kursus kali ke-15 ini merupakan kursus terakhir untuk tahun 2008. Setakat ini kami telah berjaya melatih seramai 100 orang peserta dalam industri tanaman cendawan tiram. 10% daripada keseluruhan peserta telah memulakan projek tanaman cendawan sendiri setakat ini. Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakamkan pada kursus kali ke-15 untuk tatapan pengunjung web blog e-cendawan.com.


Untuk tahun 2009, ARIELA ENTERPRISE akan menganjurkan kursus tanaman cendawan tiram pada 11, 18 dan 25 Januari 2008. Bagi individu, persatuan dan pertubuhan yang berminat untuk menimba ilmu berkaitan tanaman cendawan bersama kami bolehlah membuat tempahan online dibahagian kiri web blog ini.

DAFTAR SEKARANG, TEMPAT TERHAD KEPADA 20 PESERTA SAHAJA BAGI SETIAP SESI......

BEKALAN HABUK KAYU GETAH

Hasil pemerhatian krew e-cendawan.com. Didapati pengusaha cendawan kini menghadapi kekurangan habuk kayu getah bagi penghasilan substate untuk tanaman cendawan. Perkembangan industri pertanian khususnya dalam penanaman cendawan dan ternakan cacing menjadikan stok habuk kayu sukar diperolehi. Ditambah pula dengan industri pembuatan iaitu penghasilan charcoal , chips board dan sebagainya menjadikan permintaan keatas habuk kayu kian meningkat.


Menyedari masalah yang kian meruncing ini ARIELA ENTERPRISE telah menjalin kerjasama dengan MOVE SUCCESS SAWMILL SDN. BHD untuk membekal habuk kayu getah khas untuk pengusaha-pengusaha cendawan sekitar Perak dan negeri-negeri bersebelahan.

AE dan MSSSB berhasrat membantu golongan-golongan pengusaha cendawan yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan habuk kayu getah. Kami terlibat secara langsung dalam kerja-kerja permotongan ladang getah seluas 400ekar di Daerah Kinta, Perak. Kami berupaya menghasilkan habuk kayu getah sebanyak 60tan seminggu.
Photobucket
Bagi yang berminat untuk mendapatkan bekalan habuk kayu getah boleh menghubungi kami ARIELA ENTERPRISE ditalian 013-3911265 (AZHARI) , 013-420 3614 (ILA) & 013-443 9690 (IQWAN)

LAPORAN KURSUS KIPC KALI KE-14

SALAM AIDILADHA BUAT PENGUNJUNG WEB BLOG E-CENDAWAN.COM, RAKAN-RAKAN PENGUSAHA CENDAWAN, PESERTA KURSUS TANAMAN CENDAWAN KUMPULAN 1 HINGGA 14 DAN KEPADA SEMUA YANG MENGENALI DAN PERNAH BERURUSAN DENGAN KAMI. MAAF ZAHIR & BATIN DARI ARIELA ENTERPRISE & KREW E-CENDAWAN.COM.

Syukur kehadrat ilahi Kursus Intensif Penanaman Cendawan (KIPC) kali ke - 14 pada 30hb November 2008 telah selamat dijalankan. Pada kursus kali ini seramai 9 orang peserta datangnya dari 3 buah negeri utara tanah air (Perak, Penang dan Perlis).


Rata-rata peserta memang cukup bersemangat ingin menceburi industri tanaman cendawan ini. Mereka hadir dengan satu tujuan iaitu ingin mendalami ilmu atau teknik penanaman cendawan tiram dari krew e-cendawan.com. Berikut adalah gambar untuk tatapan pengunjung web blog e-Cendawan.com
Kursus berikutnya iaitu kursus terakhir buat tahun 2008 akan dianjurkan pada 21 Disember 2008. Pendaftaran masih dibuka. Jika anda berminat untuk mengikuti kursus pada hari tersebut sila buat pendaftaran online dibahagian kiri web blog ini. BERTINDAK SEKARANG KERANA TEMPAT ADALAH TERHAD.

AGROFEST PERAK 2008

Salam bersua kembali....


Acara tahunan iaitu Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perak kembali lagi. Acara ini akan berlangsung pada 26 November 2008 hingga 30 November 2008 ditempat yang sama seperti tahun lepas iaitu di
Ladang Infoternak, Sungai Siput, Perak.
Mari beramai-ramai memeriahkan acara tersebut, pelbagai ruang pameran berkaitan pertanian dipamerkan pada hari tersebut. Bersama menyokong industri pertanian negara. PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

LAPORAN KURSUS (KIPC) KALI KE-13

AHAD 16hb November 2008, Kursus Intensif Penanaman Cendawan Kali Ke-13 berlangsung dengan jayanya. Dari 8 orang peserta yang mendaftar hanya 4 orang sahaja yang hadir. Antara yang hadir ialah Che Yang ditemani anaknya (Pekan Razaki Ipoh, Perak), Aswadi (Batu Gajah, Perak), Ishak (Seri Manjung, Perak) dan S.Surendran (Simpang Ampat, Pulau Pinang). Berikut adalah gambar yang telah dirakam semasa kursus untuk tatapan pengunjung web blog e-cendawan.com



Kursus selanjutnya akan diadakan pada 30hb November 2008. Setakat ini (18/11/08) 9 orang telah mendaftar dan masih terdapat beberapa kekosongan lagi. Jika berminat untuk menyertai kursus anjuran kami daftar online di bahagian kiri web blog ini. Tempat terhad kepada 20 peserta sahaja. DAFTAR SEKARANG.......

BERHENTI KERJA USAHAKAN CENDAWAN TIRAM KELABU

Oleh ANI AWANG

Nor Ariff Mat Nasid menunjukkan benih cendawan tiram kelabu di Tunas Alam Agrotech, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak, semalam.
BOTA 7 Nov. - Menyedari bidang pertanian mendatangkan pulangan yang lumayan, seorang pemuda, Nor Ariff Mat Nasid, 28, nekad berhenti kerja di sebuah kilang kereta kerana mahu menceburi tanaman cendawan tiram kelabu di Parit 11, Titi Gantung, dekat sini.
Beliau yang menceburi perusahaan itu bersama-sama dengan abangnya, Nor Azman telah memajukan perusahaan tersebut sejak dua tahun lalu.

"Saya sanggup berhenti kerja di kilang membuat kereta di Rawang kerana mendapati tanaman cendawan yang diusahakan di rumah mempunyai potensi di pasaran.
"Saya dan abang memajukan tanaman cendawan ini kerana tidak ada pengusaha lain yang memajukan perusahaan ini di sini secara besar-besaran," katanya ketika ditemui pada pameran sempena Hari Ladang anjuran Jabatan Pertanian Daerah Perak Tengah di Titi Gantung dekat sini hari ini.

Beliau yang mendapat bimbingan daripada usahawan yang berjaya mengenai tanaman cendawan ini mengusahakan tanaman itu walaupun tidak mempunyai sebarang peralatan moden dan canggih.

''Saya dan abang melaburkan modal permulaan sebanyak RM10,000 untuk membina sebuah rumah bagi menempatkan tanaman yang semakin digemari ramai itu.
"Tanaman ini menggunakan bahan-bahan yang mudah diperoleh seperti kulit gandum, dedak padi, kapur dan habuk kayu untuk dijadikan tempat pembiakan cendawan ini," katanya.Hasilnya, kata Nor Ariff, perusahaannya kini mempunyai 40,000 beg cendawan yang sedia untuk dituai pada bila-bila masa.

"Walaupun perusahaan ini dibuat di kawasan rumah tetapi saya berpuas hati kerana kualiti cendawan yang dihasilkan setanding dengan cendawan yang diusahakan oleh pengusaha lain," katanya.

Nor Ariff berkata, cendawan tiram kelabu ini mempunyai rasa yang enak apabila di makan kerana penanamannya tidak menggunakan bahan-bahan kimia.
Menurut beliau, penanaman cendawan ini mampu mengeluarkan hasil dalam tempoh dua bulan.Katanya, hasil cendawan ini boleh dituai dalam tempoh di antara tujuh hingga sembilan bulan bagi setiap beg plastik yang diusahakan itu.

''Setiap cendawan yang dikutip itu dipasarkan di sekitar Titi Gantung dan Seri Iskandar dengan harga di antara RM8 hingga RM10 bagi setiap sekilogram," katanya.
Nor Ariff bercadang untuk membesarkan perusahaannya pada masa depan dengan harapan tanaman ini boleh dipasarkan di beberapa kawasan lain kerana permintaan yang meningkat dari semasa ke semasa.

Katanya, sesiapa yang berminat mengikuti kursus mengenai penanaman cendawan boleh menghubungi beliau di Lot 262, Parit 11, Titi Gantung, Bota Kiri, Perak.
sumber: Utusan Malaysia

PERHIMPUNAN PAKAR TEKNOLOGI CENDAWAN

Pusat Penyelidikan Cendawan Universiti Malaya (UM), Persatuan Cendawan Malaysia, Jabatan Pertanian dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (MNS) akan menganjurkan Persidangan Cendawan dan Foray 2008 pada 27 hingga 29 November ini di Fakulti Sains UNIVERSITI MALAYA. Pakar cendawan dalam dan luar negara akan berhimpun dalam persidangan tersebut. Pelbagai aktiviti berkaitan industri cendawan akan diadakan. Jangan lepaskan peluang untuk hadir persidangan tersebut. Untuk keterangan lanjut, klik pautan berikut:-

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1107&pub=utusan_malaysia&sec=Agrobiz&pg=ag_02.htm&arc=hive

http://www.ippp.um.edu.my/mmcf2008