LAPORAN KURSUS KALI KE-19

8hb Mac 2009, Ariela Enterprise & Krew e-Cendawan.com menganjurkan Kursus Intensif Tanaman Cendawan Komersil Kali Ke-19. Kursus pada hari ahad tersebut dihadiri daripada 5 orang peserta yang terdiri daripada 4orang peserta dari Gerik, Perak dan seorang dari Baling, Kedah. Berikut adalah gambar yang sempat dirakam untuk tontonan pengunjung web blog e-Cendawan.com. Pihak kami mengucapkan selamat maju jaya buat semua peserta kursus kali ini. Diharapkan segala ilmu yang disampaikan dimanfaatkan sebaik-baiknya.


Bagi yang berminat untuk menyertai kursus anjuran Ariela Enterprise, Kursus Intensif Penanaman Cendawan Tiram Kelabu akan datang adalah seperti berikut:-

Tarikh : 22hb Mac / 12 April 2009
Masa : 8.30am - 5.00pm
Tempat : Pusat Latihan Tanaman Cendawan Ariela, Sauk, 33500 Kuala Kangsar, Perak.
Yuran : RM 180 Seorang (RM160 Seorang untuk peserta berkumpulan)

Pendaftaran masih dibuka. Daftar sekarang kerana tempat terhad untuk 20 peserta sahaja setiap sesi.

LAPORAN KURSUS KALI KE-18

15 Febuari 2009, Ariela Enterprise & Krew e-Cendawan.com sekali lagi berjaya menganjurkan Kursus Intensif Penanaman Cendawan Buat Kali Ke-18. Dari 10 orang peserta yang mendaftar, hanya 5 peserta sahaja dapat menghadirkan diri.

Kursus kali ini disertai oleh 4 orang peserta dari Penang dan seorang daripada Perak. Rata-rata peserta kali ini amat berminat dengan penanaman cendawan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan dalam tempoh masa yang singkat. Kesan kegawatan ekonomi global juga antara faktor yang mendorong ramai ingin beralih bidang ke industri makanan, dan penanaman cendawan tergolong dalam industri ini.

Berikut adalah antara gambar-gambar sepanjang kursus yang sempat dirakam untuk tontonan pengunjung web blog e-cendawan.com.


Bagi sesiapa yang terlepas untuk menghadiri kursus pada 15 Febuari lepas, Ariela Enterprise sekali lagi akan menganjurkan kursus seperti ini pada 8 @ 22 Mac 2009 nanti. Daftar Online dibahagian kiri web blog ini untuk tempahan tempat sekarang...

KURSUS PENGHASILAN KULTUR & BENIH CENDAWAN

Pada 7 hingga 11hb Febuari 2009 yang lepas, telah berlangsungnya Kursus Penghasilan Kultur dan Benih Cendawan bertempat di Institut Sains Biologi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kursus ini adalah anjuran Genting Permai Resources yang diterajui oleh Pn. Zainon Ariffin dengan kerja sama Universiti Malaya dan Persatuan Cendawan Malaysia (MMA).

Kursus ini merupakan kursus intensif meliputi Teori dan juga Praktikal. Tenaga pengajarnya adalah terdiri daripada pakar dan penyelidik cendawan iaitu Prof. Dr. Norlida dan juga Prof. Dr. Vikineswary. Setiap peserta dapat merasai sendiri kaedah dan prosedur yang betul dalam menghasilkan benih cendawan bermutu tinggi. ARIELA ENTERPRISE tidak ketinggalan menyertai kursus ini dengan kehadiran pengurusnya iaitu En. Md. Azhari Bin Asri. Disertakan bersama ini beberapa gambar yang sempat dirakam untuk tontonan pengunjung web blog e-cendawan.com



LAPORAN KURSUS KALI KE-16 & 17

PENGUMUMAN!.....
HARAP MAKLUM, KURSUS INTENSIF PENANAMAN CENDAWAN PADA 8 FEBUARI DIBATALKAN KERANA PENCERAMAH KURSUS, EN. MD.AZHARI ASRI MENGHADIRI KURSUS PEMBENIHAN CENDAWAN DI UNIVERSITI MALAYA. PIHAK KREW E-CENDAWAN.COM MEMOHON MAAF DIATAS SEGALA KESULITAN.
Salam Sejahtera Pengunjung Web Blog e-cendawan.com

Pada 18 dan 25hb Januari 2009 yang lepas, Kursus Intensif Penanaman Cendawan bagi sesi 2009 telah dijalankan. Dalam kursus pada tarikh tersebut seramai 8 orang telah menyertainya. Peserta kali ini datangnya dari Negeri Perak dan juga Kedah. Berikut antara gambar yang sempat dirakam untuk tatapan semua pengunjung web blog e-Cendawan.com.

Bagi yang terlepas untuk menyertai kursus pada bulan Januari yang lepas, pihak ARIELA ENTERPRISE sekali lagi akan menganjurkan kursus yang sama pada 8 dan 15 Febuari 2009 nanti. Pendaftaran dibuka kepada sesiapa yang berminat. Anda hanya perlu masukkan maklumat diri dibahagian kiri web blog ini untuk pendaftaran. DAFTAR SEKARANG KERANA TEMPAT TERHAD KEPADA 20 PESERTA TERAWAL SAHAJA.

HAPPY CHINESE NEW YEAR


ARIELA ENTERPRISE & KREW E-CENDAWAN.COM MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU CINA BUAT PENGUNJUNG WEB BLOG E-CENDAWAN.COM, PELANGGAN, RAKAN-RAKAN, DAN PESERTA KURSUS KAMI YANG BERBANGSA CINA.

KURSUS TANAMAN CENDAWAN (KIPC) SESI 2009


SALAM SEJAHTERA.

ARIELA ENTERPRISE akan memulakan sesi kursus tanaman cendawan untuk tahun 2009 pada 18hb Januari dan 25hb Januari 2009. Kami berpengalaman melatih dan melahirkan pengusaha cendawan skala kecil dan besar. 10% daripada peserta kursus anjuran kami telah memulakan projek tanaman cendawan dan telah berjaya dalam perusahaan ini. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai Kursus Intensif Penanaman Cendawan Tiram Kelabu anjuran ARIELA ENTERPRISE boleh membuat pendaftaran secara online di bahagian kiri web blog ini.

Pelajari teknik menjana RM3000 Sebulan dengan tanaman cendawan skala kecil. Daftar sekarang kerana tempat adalah terhad kepada 20 orang sahaja untuk setiap sesi.


PEMBINAAN PUSAT PEMBENIHAN CENDAWAN TIRAM KELABU BUKIT KINDING

Tahun 2007 dan 2008 sudah ditempuhi oleh ARIELA ENTERPRISE. 2009 sudah menjelma. Kami jangkakan tahun 2009 ini sebagai tahun yang mencabar dan bakal menguji kemampuan kami dalam mengharungi industri tanaman cendawan yang telah berkembang maju di Malaysia.

Seperti pengusaha-pengusaha tanaman cendawan yang lain yang mempunyai matlamat dan sasaran tertentu pada tahun 2009 ini. ARIELA ENTERPRISE tidak terlepas dengan matlamat dan tujuannya sendiri. Tapi kali ini agak berbeza berbanding 2 tahun yang lepas. Kali ini ARIELA ENTERPRISE tidak bergerak berseorang dalam menempuhi atau mengharungi industri tanaman cendawan, sebaliknya kami akan bergabung tenaga dan menjamin kerjasama dengan anak syarikat MOVE SUCCESS GROUP iaitu MOVE SUCCESS AGRO SDN. BHD. menyemarakkan dan memeriahkan lagi industri tanaman cendawan di Malaysia khususnya di negeri Perak. ARIELA ENTERPRISE telah diberi kepercayaan untuk menjadi rakan niaga dan juga bertindak sebagai jururunding projek tanaman cendawan tiram usahasama antara ARIELA ENTERPRISE dan MOVE SUCCESS AGRO SDN. BHD.

Sebagai permulaan kami telah membuka Pusat Pembenihan Cendawan Tiram Kelabu di Bukit Kinding, Chemor, Perak. Kerja-kerja infra sudah disiapkan dalam 75% dan dijangka akan siap sepenuhnya pada Febuari 2009. Kami lebih menumpukan dalam penghasilan beg media cendawan untuk dibekalkan kepada pengusaha dan bakal pengusaha cendawan yang berminat. Setakat ini kami mampu menghasilkan 1600 ke 1800 bongkah dalam sehari dengan 5 orang tenaga kerja. Sasaran kami untuk menghasilkan 3000 beg media cendawan atau lebih dalam sehari bila semua kerja penghasilan beg media mengunakan mesin sepenuhnya.

Dari segi bekalan habuk kayu getah, kami tidak menghadapi masalah besar kerana satu lagi anak syarikat MOVE SUCCESS GROUP iaitu MOVE SUCCESS SAWMILL SDN. BHD terlibat secara langsung dalam kerja-kerja penebangan dan pembersihan ladang getah disekitar Bukit Kinding.

Bagi menjamin beg media yang dihasilkan menjadi dan berkualiti. Kerja-kerja suntikan benih keatas beg media dilakukan dalam sebuah bilik suntik khas dilengkapi dengan “Air-Cond”. Dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2009 ini dianggarkan sebanyak 700 ribu ke 800 ribu beg media berbenih dapat dihasilkan. Dengan izin Allah hendaknya, kami bercita-cita menjadi pembekal dan pemborong cendawan tiram kelabu terbesar di Perak pada masa-masa akan datang. Mudah-mudahan segala kerja yang kami usahakan akan diberkati dan dirahmati olehNYA. InsyaAllah….. Disertakan bersama ini gambar Pusat Pembenihan Cendawan Tiram Bukit Kinding yang sempat dirakam untuk tontonan pengunjung web blog e-cendawan.com.

SALAM MAAL HIJRAH 1430H & TAHUN BARU 2009

SALAM SEJAHTERA

ARIELA ENTERPRISE SERTA WARGA KERJA & KREW E-CENDAWAN.COM INGIN MENGUCAPKAN SALAM MAAL HIJRAH DAN SELAMAT TAHUN BARU 2009 BUAT SEMUA PENGUNJUNG WEB BLOG e-cendawan.com, RAKAN PENGUSAHA CENDAWAN, PESERTA KURSUS KIPC KAMI DARI KUMPULAN 1 HINGGA 15, DAN SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG DENGAN KAMI.