LAPORAN KURSUS KALI KE-29

Salam Sejahtera.

6 Mac 2010 yang lalu merupakan Kursus Intensif Penanaman Cendawan Tiram Kali Ke-29 telah berjaya dilaksanakan. Kursus ini merupakan kursus kedua buat tahun 2010. Kehadiran peserta hanya 3 orang meliputi peserta dari negeri Selangor, Kelantan dan Perak. Dipaparkan bersama ini gambar kenang-kenangan peserta kursus tersebut untuk tatapan pengunjung web blog e-cendawan.com.

Bagi yang berminat dan masih tercari-cari kursus tanaman cendawan tiram ini. Pihak Ariela Enterprise akan menganjurkan kursus ini sekali lagi pada 27 Mac 2010. Daftar Online di bahagian kiri blog ini untuk tempahan tempat. Sekian.....

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2010

ARIELA ENTERPRISE & Krew E-Cendawan.Com mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina "Gong Xi Fat Cai" terutamanya kepada rakan-rakan, supplier, peserta kursus anjuran kami dan semua warga Malaysia berketurunan cina.

LAPORAN KURSUS KALI KE-28

SALAM SEJAHTERA....

30hb Januaryi 2010, Ariela Enterprise meneruskan tradisinya menganjurkan Kursus Intensif Penanaman Cendawan Buat Kali Ke-28. Kursus sulong tahun 2010 ini dihadiri oleh empat orang peserta yang datangnya dari Ipoh, Bandar Baharu Kedah dan Pulau Langkawi Kedah.

Kesemua peserta menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap perusahaan tanaman cendawan ini. Kursus ini tetap sama seperti kursus-kursus yang lepas iaitu meliputi teori dan juga praktikal. Sesi teori sebelah pagi mendedahkan peserta kursus kepada pengenalan kepada industri tanaman cendawan bermula dengan pembinaan rumah cendawan sehinggalah kepada proses pemasaran.

Manakala sesi petang pula peserta dilatih menghasilkan beg media cendawan, teknik suntikan benih dan penjagaan beg media. Dengan kedua-dua sesi teori dan praktikal ini, setiap peserta dijamin dapat menjalankan perusahaan tanaman cendawan selepas tamat kursus. Pihak Ariela Enterprise juga akan membimbing dari masa ke semasa selepas peserta menjalankan perusahaan ini sendiri selepas kursus.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menjalani kursus tanaman cendawan tiram, tarikh kursus selanjutnya adalah pada 20 Febuari 2010, 6 Mac 2010 atau 27 Mac 2010. Untuk pendaftaran dan tempahan tempat, sila isikan borang online dikiri web blog ini. Untuk keterangan Lanjut Hubungi Ariela Enterprise di talian 016-5518 700 atau 0165518 900.

SALAM TAHUN BARU 2010


Bismillahirrahmannirrahim.

SELAMAT TAHUN BARU diucapkan buat pembaca blog e-cendawan.com, teman-teman, rakan-rakan pengusaha cendawan seluruh Malaysia, pembekal-pembekal alatan dan bahan mentah cendawan.

2009 baru saja meninggalkan kita, Tahun 2010 muncul dan bakal memberi cabaran baru buat kita semua. Harapan kami tahun ini memberi lebih kebaikan dari tahun yang lepas-lepas.

Pada rakan pengusaha cendawan, kami pasti ramai yang memasang dan menyemat cita-cita dan azam untuk lebih berjaya dalam bidang ini. Kami dari Ariela Enterprise & Krew e-cendawan.com mengucapkan selamat maju jaya buat rakan seperjuangan sekalian. Bersama-sama kita semarakkan lagi industri tanaman cendawan tahun ini.

Sekali lagi SELAMAT TAHUN BARU 2010.........

Photobucket

PROMOSI KURSUS TAHUN 2010
KURSUS TANAMAN CENDAWAN KALI KE-28 & 29
TARIKH : 9 @ 30hb JANUARI 2010
MASA : 8.30AM - 5.00PM
TEMPAT : PUSAT LATIHAN TANAMAN CENDAWAN ARIELA'S, SAUK, KUALA KANGSAR, PERAK.
YURAN : RM180 SEORANG (RM150 Jika Hadir Berdua/Berkumpulan)

DAFTAR SEKARANG, TEMPAT TERHAD KEPADA 15 PESERTA TERAWAL
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN 3 HARI SEBELUM TARIKH KURSUS. ISI BORANG ONLINE DI BAHAGIAN KIRI WEB INI.

LAPORAN KURSUS KIPC 22 HINGGA 26

Salam Sejahtera...

Seperti bulan-bulan terdahulu. Pusat Latihan Tanaman Cendawan Ariela Ent. tidak pernah sepi dengan aktiviti bulanannya iaitu menganjurkan Kursus Intensif Tanaman Cendawan. Dalam tempoh 5 bulan yang lepas iaitu dari bulan Mei hingga Oktober lalu, 6 kursus telah dijayakan. Ini menunjukkan bidang pertanian iaitu penanaman cendawan terus mendapat sambutan walaupun jumlah kehadiran peserta direkodkan semakin menurun. Hal ini tidak mematahkan semangat krew e-cendawan.com untuk menyampaikan ilmu penanaman cendawan ini kepada masyarakat amnya kepada bakal usahawan pertanian.

Berikut disertakan beberapa gambar peserta Kursus Intensif Penanaman Cendawan (KIPC) untuk tatapan pengunjung web blog e-cendawan.com.
Bagi yang berminat dan berkeinginan untuk mendalami ilmu penanaman cendawan tiram, sesi kursus akan datang adalah pada 15 November 2009. Anda boleh mendaftar secara online dibahagian kiri web blog ini. DAFTAR SEKARANG, TEMPAT TERHAD UNTUK 15 PESERTA TERAWAL SAHAJA.....

AL-FATIHAH

Ayahanda kepada En.Md Azhari Bin Asri iaitu Tn. Hj.Asri Bin Hj. Abd. Hamid telah kembali ke Rahmatullah pada 26hb September 2009 @ Jam 8.30pm. Bersama-sama kita sedekahkan surah Al-Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama golongan orang-orang yang beriman.

Photobucket
Salam Sejahtera.
Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat itu AMANAH,yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL,SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin” dari kami krew e-cendawan.com