LAPORAN KURSUS KALI KE-36

Salam kembali buat Pengunjung Web Blog e-Cendawan.com.

31 Julai 2010 yang lepas, Ariela Enterprise & Krew e-Cendawan.com sekali lagi menyempurnakan Kursus Intensif Penanaman Cendawan Buat Kali Ke-36. Kursus kali ini menerima kehadiran seramai 11 orang peserta yang datangnya dari sekitar Negeri Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Kursus kali ke-36 ini merupakan kursus terakhir sebelum kursus seumpama ini diberhentikan sementara pada bulan Ogos 2010 bersempena Bulan Ramadhan yang bakal tiba pada 11hb Ogos nanti. Kursus Intensif Penanaman Cendawan hanya akan bersambung selapas Hari Raya Aidilfitri.

Dipaparkan bersama ini gambar yang sempat dirakam untuk tatapan pengunjung web log e-Cendawan.com.

Bagi yang terlepas untuk menghadiri kursus kali ini, Ariela Enterprise akan menganjurkan kursus seumpama ini pada bulan September nanti. Tarikhnya akan diumumkan kelak.


KURSUS INTENSIF TANAMAN CENDAWAN KALI KE-36
TARIKH: 31-7-2010
MASA: 8.30AM - 5.30PM
TEMPAT: PUSAT LATIHAN TANAMAN CENDAWAN ARIELA,
33500 SAUK, KUALA KANGSAR, PERAK
YURAN : RM180/ORANG
(DISKAUN RM20/ORANG JIKA HADIR BERDUA @ BERKUMPULAN)

DAFTAR ONLINE DIBAHAGIAN KIRI WEB BLOG INI, TEMPAT ADALAH TERHAD.

LAPORAN KURSUS KALI-35

SALAM SEJAHTERA,

Salam buat pengunjung web blog e-cendawan.com. 3hb Julai 2010 yang lepas Ariela Enterprise terus memberi khidmat menganjur dan menyampaikan ilmu penanaman cendawan tiram kelabu buat kali ke-35. Kursus kali ini dihadiri oleh 3 orang peserta iaitu En.Kamar dan En. Ahmad Fauzul yang masing-masing datangnya dari Ipoh dan Lenggong dan seorang peserta daripada Penang iaitu En. Lim Chin Chye.
Dipaparkan bersama ini beberapa gambar semasa kursus sedang dijalankan untuk tatapan pengunjung web blog e-cendawan.com.


Bagi yang berminat untuk menyertai kursus kami selanjutnya iaitu pada 31 Julai 2010, bolehkan mendaftar secara online dibahagian kiri web blog ini. Sila buat tempahan segera kerana tempat adalah terhad.

LAPORAN KURSUS KALI KE-34

Salam Sejahtera.


26hb Jun 2010 yang lepas, Kursus Intensif Tanaman Cendawan Kali Ke-34 selamat dijalankan dengan kehadiran 2 orang peserta yang berasal daripada Pulau Pinang dan Bidor, Perak. 2 peserta yang dimaksudkan adalah 2 bersahabat iaitu Lim Chee Joong dan Chong Kai Loon.

Kedua dua peserta ini telah mengenali satu sama lain sejak di Universiti Utara Malaysia lagi. Kedua-dua mereka memiliki minat yang sama iaitu ingin menceburi bidang pertanian terutamanya tanaman cendawan. Oleh itu mereka memilih ARIELA ENTERPRISE sebagai lokasi pilihan untuk menimba ilmu dalam penanaman cendawan tiram. Dipaparkan bersama ini gambar semasa kursus tanaman cendawan ini dijalankan.

Bagi sesiapa yang masih tercari-cari dan ingin menghadiri kursus tanaman cendawan, jadual kursus tanaman cendawan anjuran Ariela Enterprise seterusnya adalah pada 3 Julai 2010, 10 Julai 2010 dan 31 Julai 2010. Daftar Online dibahagian kiri web blog ini. Tempat adalah terhad.

LAPORAN KURSUS KALI KE-33

30hb Mei 2010, Kursus Tanaman Cendawan Kali ke-33 selamat dijalankan. Kursus kali ini yang dijangka dihadiri oleh 7 orang peserta hanya dihadiri oleh 3 orang peserta sahaja berikutan penarikan diri 4 orang peserta disaat akhir. Peserta kursus kali ini terdiri daripada 3 orang adik beradik iaitu Cik Liza, Izzuan dan Syamsul yang datangnya daripada Seberang Jaya, Pulau Pinang.


Dipaparkan bersama sama ini gambar semasa kursus dijalankan untuk tatapan pengunjung web blog e-cendawan.com

LAPORAN KURSUS KALI KE-32

Salam Sejahtera

1hb Mei 2010 yang lepas, Kursus Intensif Tanaman Cendawan Kali ke-32 selamat dijalankan. Kursus tersebut hanya dihadiri oleh 3 orang peserta iaitu En. Fauzi dan En.Syamsul daripada Cameron Highland dan Cik Lawitha daripada Ipoh, Perak. Kursus kali ini juga mencipta sejarahnya sendiri dengan penyertaan peserta pertama wanita berbangsa India sejak ianya dianjurkan pada tahun 2008.

Dipaparkan bersama ini gambar semasa kursus tersebut dijalankan untuk tatapan pengunjung web blog e-cendawan.com.


Bagi yang masih tercari-cari kursus tanaman cendawan. Pihak Ariela Enterprise akan menganjurkan kursus ini sekali lagi pada 29hb Mei 2010 di Pusat Latihan Tanaman Cendawan Ariela, Sauk, Kuala Kangsar. Buat yang berada di Sekitar Selangor & Kuala Lumpur pula, Ariela Enterprise akan menganjurkan kursus julung kalinya di Selangor bertempat di CENDA-1 AGRO FARM, Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor pada 6hb Jun 2010. Kursus ini adalah anjuran Cenda-One Agro Farm dan Ariela Enterprise dengan kerjasama FELDA. Sijil akan diberikan diakhir kursus dan disahkan oleh pihak FELDA. Jangan Lepaskan peluang ini, tempat terhad kepada 20 peserta terawal sahaja.

LAPORAN KURSUS KALI KE-31

Salam Sejahtera.

SABTU, 10hb April 2010 satu lagi Kursus Tanaman Cendawan Tiram anjuran Ariela Enterprise berjaya dilangsungkan. Kursus buat kali ke-31 ini dihadiri oleh 11 orang peserta daripada negeri Perak, Kedah dan Penang. Kursus kali ini juga mencipta sejarahnya tersendiri dengan penyertaan peserta daripada Kaum Orang Asli seramai 8 orang yang datangnya daripada kampung orang asli sekitar Gopeng dan juga Kampar, Perak. Ini menggambarkan pihak kami mengamalkan konsep "1 MALAYSIA'. Mereka ini telah ditaja oleh sebuah NGO yang diketuai oleh En. Chee dan En. John. NGO ini memainkan peranan untuk membantu menambah pendapatan dan ekonomi orang asli melalui projek tanaman cendawan. Ariela Enterprise telah dipilih dan diberi kepercayaan untuk menyampaikan ilmu dalam menjalankan projek tanaman cendawan tiram.

Dipaparkan bersama ini gambar semasa kursus ini berlangsung untuk tatapan pengunjung web blog e-cendawan.com.


Bagi individu, syarikat dan pertubuhan yang berminat untuk mempelajari teknik penanaman cendawan tiram, pihak Ariela Enterprise sekali lagi akan menganjurkan kursus tanaman cendawan pada 1 Mei 2010. Untuk mendaftar sila isikan borang online dibahagian kiri web blog ini. Penyertaan terhad kepada 15 peserta sahaja. Daftar SEKARANG......

LAPORAN KURSUS KALI KE-30

Salam Sejahtera.

SABTU, 27hb Mac 2010 sekali lagi Kursus Intensif Penanaman Cendawan Tiram Kelabu telah berlangsung. Kursus kali ini dihadiri oleh 4 orang peserta yang semuanya datang daripada negeri Perak meliputi Daerah Kinta, Kuala Kangsar dan juga Taiping.

Kursus ini berlangsung di Pusat Latihan Tanaman Cendawan Ariela Enterprise, Sauk, Kuala Kangsar, Perak. Kursus Tanaman Cendawan ini meliputi Sesi Teori dan juga Praktikal. Dengan menekankan sesi Teori dan Praktikal yang seimbang, kami memastikan setiap peserta memahami teknik penanaman cendawan dari penyediaan bangsal cendawan, teknik penanaman, teknik penjagaan sehinggalah teknik pemasaran.

Dipaparkan bersama ini gambar semasa kursus tanaman cendawan kali ke -30 ini dijalankan untuk tatapan pengunjung web blog e-cendawan.com


Bagi sesiapa yang berminat untuk menghadiri kursus ini, pihak ARIELA ENTERPRISE merancang menganjurkan kursus ini sekali lagi pada 10hb APRIL 2010. Cara untuk menyertainya, anda hanya perlu daftar online dibahagian kiri web blog ini. DAFTAR SEKARANG KERANA TEMPAT HANYA TERHAD KEPADA 15 PESERTA SAHAJA BAGI SETIAP SESI.