Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1438Hijrah kami ucapkan buat sahabat-sahabat pengusaha cendawan, kenalan, peserta kursus dan seluruh umat islam. Sama-sama kita hayati pengertian "Korban" dari sudut islam.

Salam Sejahtera.

Pihak Ariela Enterprise dan krew e-cendawan.com mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut DEEPAVALI kepada pelanggan, bekas peserta kursus rakan-rakan dan kaum India diseluruh Malaysia.

KURSUS INTENSIF PENANAMAN CENDAWAN KALI KE-40
TARIKH : 20hb November 2010
HARI : SABTU
MASA : 8.30am - 5.30pm
LOKASI : Pusat Latihan & Bilik Pameran Cendawan, Ariela Enterprise, Sauk, 33500 Kuala Kangsar, Perak.
YURAN : RM180 seorang (RM160 seorang jika hadir berkumpulan)
Makanan, Sijil, Kit Cendawan, Nota & Modul disediakan.
Daftar Sekarang, Tempat Terhad Kepada 15 Peserta Terawal.
::RAHSIA PENDAPATAN RM10,000 SEBULAN DENGAN TANAMAN CENDAWAN DI DEDAHKAN::

Salam Ramadhan...
Dikesempatan ini Kami Dari Syarikat ARIELA ENTERPRISE dan KREW e-CENDAWAN.com ingin mengambil kesempatan mengucapkan "Selamat Hari Raya Aildilfitri, Maaf Zahir & Batin" kepada yang mengenali kami serta muslimin dan muslimat.




LAPORAN KURSUS KALI KE-36

Salam kembali buat Pengunjung Web Blog e-Cendawan.com.

31 Julai 2010 yang lepas, Ariela Enterprise & Krew e-Cendawan.com sekali lagi menyempurnakan Kursus Intensif Penanaman Cendawan Buat Kali Ke-36. Kursus kali ini menerima kehadiran seramai 11 orang peserta yang datangnya dari sekitar Negeri Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Kursus kali ke-36 ini merupakan kursus terakhir sebelum kursus seumpama ini diberhentikan sementara pada bulan Ogos 2010 bersempena Bulan Ramadhan yang bakal tiba pada 11hb Ogos nanti. Kursus Intensif Penanaman Cendawan hanya akan bersambung selapas Hari Raya Aidilfitri.

Dipaparkan bersama ini gambar yang sempat dirakam untuk tatapan pengunjung web log e-Cendawan.com.

Bagi yang terlepas untuk menghadiri kursus kali ini, Ariela Enterprise akan menganjurkan kursus seumpama ini pada bulan September nanti. Tarikhnya akan diumumkan kelak.


KURSUS INTENSIF TANAMAN CENDAWAN KALI KE-36
TARIKH: 31-7-2010
MASA: 8.30AM - 5.30PM
TEMPAT: PUSAT LATIHAN TANAMAN CENDAWAN ARIELA,
33500 SAUK, KUALA KANGSAR, PERAK
YURAN : RM180/ORANG
(DISKAUN RM20/ORANG JIKA HADIR BERDUA @ BERKUMPULAN)

DAFTAR ONLINE DIBAHAGIAN KIRI WEB BLOG INI, TEMPAT ADALAH TERHAD.

LAPORAN KURSUS KALI-35

SALAM SEJAHTERA,

Salam buat pengunjung web blog e-cendawan.com. 3hb Julai 2010 yang lepas Ariela Enterprise terus memberi khidmat menganjur dan menyampaikan ilmu penanaman cendawan tiram kelabu buat kali ke-35. Kursus kali ini dihadiri oleh 3 orang peserta iaitu En.Kamar dan En. Ahmad Fauzul yang masing-masing datangnya dari Ipoh dan Lenggong dan seorang peserta daripada Penang iaitu En. Lim Chin Chye.
Dipaparkan bersama ini beberapa gambar semasa kursus sedang dijalankan untuk tatapan pengunjung web blog e-cendawan.com.


Bagi yang berminat untuk menyertai kursus kami selanjutnya iaitu pada 31 Julai 2010, bolehkan mendaftar secara online dibahagian kiri web blog ini. Sila buat tempahan segera kerana tempat adalah terhad.