Pencarian Atap Nipah Untuk Rumah Cendawan.

Pada kebiasaannya hari Ahad saya gunakan sepenuh masa untuk bersama keluarga dirumah. Maklumlah hari Ahad je aku cuti. Isnin hingga Sabtu kena berkerja, makan gaji la katakan.

Tapi semalam (22hb Julai 2007) saya tak duduk dirumah, sehari suntuk berjalan melawat makcik dan pakcik saya di Pasir Panjang dan Sungai Besar, Selangor. Kunjung-mengunjung untuk mengeratkan lagi siratulrahim…. Kalau nak diikutkan memang ramai saudara-mara saya kat Sungai Besar ni, sebab Ayah dan Mak saya memang berasal dari daerah ni (Parit 7 1/2 Timur, Sg. Besar).

Sesekali datang ke Sungai Besar ni seronok jugak, sejuk mata melihat kehijauan petak-petak sawah padi yang terbentang luas.



Selain melawat saudara-mara, sebenarnya kunjungan saya ke Daerah Sungai Besar ni nak mencari atap nipah untuk rumah cendawan yang bakal saya bina. Dengan informasi yang saya perolehi daripada sepupu saya dapatlah dua lokasi. Satu di Sungai Nibong, harga sekeping RM1.80 dan lokasi kedua di Pancang Bedena, harganya RM 2.00 sekeping. Mahal jugak yek!...

Kalau tak silap saya masa kursus hari tu bangsal atau rumah cendawan bersaiz 20’x 20’ sekurang-kurangnya memerlukan sebanyak 600 keping. RM1.80 X 600 = RM 1080. Banyak duit nak pakai tu…. belum masuk sewa lori lagi.

Banyak masa lagi, akan saya survey kat tempat lain pulak. Mana tau boleh dapat lagi murah. Pencarian atap nipah akan tetap dilakukan, kita sama-sama nantikan.

3 comments:

bidadarindu said...

Assalamualaikum Saudara Azhari,Mungkin saudara boleh survey kat Kg Kuantan,Kuala Selangor.Atap Nipah yang nipis boleh dapat dalam rm 0.90 - rm 1.10 dan yang tebal dalam rm 1.20 -1.50 rasanya.Cuba la,lokasi sebenar tak dapat dipastikan.Ada member yang bagitahu cam tu.dulu katanya boleh dapat dlm rm 0.50 jek..tapi tu dulu....good luck...

MD.AZHARI BIN ASRI said...

TQ bidadarindu, insyaAllah klu ade kesempatan sy gi sana.

bakal wan said...

Saya baru mencari maklumat tentang penanaman cendawan.