CERITA DI BULAN SYAWAL

Ramadhan sudah berlalu, Kini kita didalam bulan Syawal. Ini menandakan kejayaan kita mengharungi bulan puasa yang penuh dengan cabaran.
Orang lain masih sibuk lagi beraya dengan open house sana sini .Tapi krew e-cendawan.com sudah kembali semula ke area penghasilan bongkah cendawan pada raya ke-4. Bongkah yang sudah tidak aktif perlu ditukar baru. Tempahan untuk bongkah juga banyak lepas hari raya ini. Semua ni perlu disiapkan.

Hari raya ke-10 kena pula stop production bongkah cendawan, Isteri saya dimasukkan ke wad sebab tekanan darah tinggi. Isteri pula sarat mengandung anak kedua. Doktor beritahu isteri hyper tension dan perlu lakukan operation, Kelahiran anak kedua tak cukup bulan (35minggu). Tuhan je yang tau masa tu, punyalah takut. Alhamdulillah semuanya selamat, saya dapat baby girl berat hanya 1.85kg ajer. So baby kena duduk dalam incubator seminggu. Kena cucuk jarum sana sini. Kesian betul tengok baby, kecik-kecik dah kena cucuk jarum. Dah tua ni pun tengok jarum pun dah takut, belum kena cucuk lagi. Semalam baru discharge dari Hospital Taiping lepas doktor pakar sahkan semuanya ok.

Dalam kekalutan dan kepala berceramuk berulang alik dari rumah di Kuala Kangsar ke Hospital Taiping dan memikirkan kesihatan baby, saya dapat satu panggilan dari Pejabat MARA Kuala Lumpur pada 14hb Oktober 2008. Timbalan Pengarah 1, Bahagian Pembangunan Usahawan menyatakan keinginannya untuk bekerjasama dengan Ariela Enterprise menganjurkan kursus tanaman cendawan untuk golongan miskin/miskin tegar di 3 buah Negeri Utara Semenanjung Malaysia iaitu Perak, Kedah dan Perlis. Syukur pada Allah. Mungkin ini rezeki tuhan nak bagi atas kelahiran anak kedua ini.

Kertas kerja bagi penganjuran kursus tersebut sudah dikemukakan kepada pihak MARA. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Jika kerjasama ini terjalan , ini merupakan lembaran baru bagi Ariela Enterprise (e-Cendawan.com) dalam industri tanaman cendawan, INSYAALLAH.....