LAPORAN KURSUS KALI KE-30

Salam Sejahtera.

SABTU, 27hb Mac 2010 sekali lagi Kursus Intensif Penanaman Cendawan Tiram Kelabu telah berlangsung. Kursus kali ini dihadiri oleh 4 orang peserta yang semuanya datang daripada negeri Perak meliputi Daerah Kinta, Kuala Kangsar dan juga Taiping.

Kursus ini berlangsung di Pusat Latihan Tanaman Cendawan Ariela Enterprise, Sauk, Kuala Kangsar, Perak. Kursus Tanaman Cendawan ini meliputi Sesi Teori dan juga Praktikal. Dengan menekankan sesi Teori dan Praktikal yang seimbang, kami memastikan setiap peserta memahami teknik penanaman cendawan dari penyediaan bangsal cendawan, teknik penanaman, teknik penjagaan sehinggalah teknik pemasaran.

Dipaparkan bersama ini gambar semasa kursus tanaman cendawan kali ke -30 ini dijalankan untuk tatapan pengunjung web blog e-cendawan.com


Bagi sesiapa yang berminat untuk menghadiri kursus ini, pihak ARIELA ENTERPRISE merancang menganjurkan kursus ini sekali lagi pada 10hb APRIL 2010. Cara untuk menyertainya, anda hanya perlu daftar online dibahagian kiri web blog ini. DAFTAR SEKARANG KERANA TEMPAT HANYA TERHAD KEPADA 15 PESERTA SAHAJA BAGI SETIAP SESI.