KIPC KALI KE-47

7.7.2012 yang lepas adalah Kursus Tanaman Cendawan buat Kali ke-47 telah dianjurkan oleh Ariela Enterprise & Krew E-Cendawan.com. Kursus ini adalah kursus ke-4 buat tahun 2012. Kebetulan pula pada tarikh ini 7.7.2012 merupakan ulangtahun ke-5 Ariela Enterprise dalam industri tanaman cendawan Malaysia. Kursus kali ini disertai oleh 10 orang peserta yang datangnya daripada negeri Perak (5orang), Negeri Sembilan (1orang) dan Terengganu (4orang). Kursus kali ini juga mencipta sejarahnya tersendiri dengan penyertaan dari 2 orang warga Negara Myanmar. DIlampirkan bersama ini sedikit paparan gambar sewaktu kursus dijalankan untuk tontonan pengunjung web blog e-Cendawan.com.


Bagi yang masih berminat untuk menyertai kursus kami, kursus selanjutnya akan diadakan pada 29.9.2012. Untuk menyertainya sila daftar online di bahagian kiri web blog ini. Pelajari teknik penanaman cendawan dengan modal yang murah tetapi mampu menjana pendapatan lumayan.