LAPORAN KURSUS KALI KE-44

Salam Sejahtera.

Salam bersua kembali buat pengunjung web blog e-Cendawan.com. Setelah hampir 3 bulan pihak kami tidak menganjurkan Kursus Intensif Tanaman Cendawan (KIPC). Pada 4hb Mac 2012 yang lepas kursus KIPC Kali ke -44 iaitu kursus pertama pada tahun 2012 telah selamat dilaksanakan dengan kehadiran 3 orang peserta daripada 16 peserta yang mendaftar. Walaupun jumlah kehadiran agar sedikit, kami beranggapan ini adalah satu permulaan yang baik bagi 2012 untuk kami terus berkhidmat menyampaikan ilmu berkaitan perusahaan tanaman cendawan kepada umum.

Dipaparkan bersama ini sedikit gambar-gambar yang sempat dirakam semasa kursus KIPC Ke-44 dijalankan untuk tatapan pengunjung e-Cendawan.com.


Bagi yang tidak berkesempatan menghadiri kursus anjuran kami yang lepas-lepas, jangan berputus asa, pihak ARIELA ENTERPRISE & Krew E-Cendawan.com akan menganjurkan lagi kursus ini pada 28/4/2012, 12/5/2012 dan 30/6/2012. DAFTAR ONLINE UNTUK MENEMPAH TEMPAT SEKARANG.