Salam Sejahtera.
SABTU, 10hb April 2010 satu lagi Kursus Tanaman Cendawan Tiram anjuran Ariela Enterprise berjaya dilangsungkan. Kursus buat kali ke-31 ini dihadiri oleh 11 orang peserta daripada negeri Perak, Kedah dan Penang. Kursus kali ini juga mencipta sejarahnya tersendiri dengan penyertaan peserta daripada Kaum Orang Asli seramai 8 orang yang datangnya daripada kampung orang asli sekitar Gopeng dan juga Kampar, Perak. Ini menggambarkan pihak kami mengamalkan konsep "1 MALAYSIA'. Mereka ini telah ditaja oleh sebuah NGO yang diketuai oleh En. Chee dan En. John. NGO ini memainkan peranan untuk membantu menambah pendapatan dan ekonomi orang asli melalui projek tanaman cendawan. Ariela Enterprise telah dipilih dan diberi kepercayaan untuk menyampaikan ilmu dalam menjalankan projek tanaman cendawan tiram.
Dipaparkan bersama ini gambar semasa kursus ini berlangsung untuk tatapan pengunjung web blog e-cendawan.com.

