Salam Sejahtera.
26hb Jun 2010 yang lepas, Kursus Intensif Tanaman Cendawan Kali Ke-34 selamat dijalankan dengan kehadiran 2 orang peserta yang berasal daripada Pulau Pinang dan Bidor, Perak. 2 peserta yang dimaksudkan adalah 2 bersahabat iaitu Lim Chee Joong dan Chong Kai Loon.
Kedua dua peserta ini telah mengenali satu sama lain sejak di Universiti Utara Malaysia lagi. Kedua-dua mereka memiliki minat yang sama iaitu ingin menceburi bidang pertanian terutamanya tanaman cendawan. Oleh itu mereka memilih ARIELA ENTERPRISE sebagai lokasi pilihan untuk menimba ilmu dalam penanaman cendawan tiram. Dipaparkan bersama ini gambar semasa kursus tanaman cendawan ini dijalankan. 


