Salam Sejahtera...
Seperti bulan-bulan terdahulu. Pusat Latihan Tanaman Cendawan Ariela Ent. tidak pernah sepi dengan aktiviti bulanannya iaitu menganjurkan Kursus Intensif Tanaman Cendawan. Dalam tempoh 5 bulan yang lepas iaitu dari bulan Mei hingga Oktober lalu, 6 kursus telah dijayakan. Ini menunjukkan bidang pertanian iaitu penanaman cendawan terus mendapat sambutan walaupun jumlah kehadiran peserta direkodkan semakin menurun. Hal ini tidak mematahkan semangat krew e-cendawan.com untuk menyampaikan ilmu penanaman cendawan ini kepada masyarakat amnya kepada bakal usahawan pertanian.
Berikut disertakan beberapa gambar peserta Kursus Intensif Penanaman Cendawan (KIPC) untuk tatapan pengunjung web blog e-cendawan.com.




