12hb April 2009. Ariela Enterprise meneruskan tradisinya menyampai dan memberi ilmu berkaitan penanaman cendawan melalui Kursus Intensif Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Buat kali ke-21.
Kursus kali ini disertainya oleh 9 orang peserta datangnya daripada Perlis, Pahang, Terengganu, Pulau Pinang dan juga Perak. Semua peserta menunjukkan minat yang mendalam untuk menceburi bidang pertanian khususnya penanaman cendawan tiram ini yang menjanjikan pulangan yang lumayan dalam jangka masa yang singkat.
Berikut antara gambar yang sempat dirakam sepanjang perjalanan kursus kali ke-21 untuk tontonan pengunjung web blog e-Cendawan.com.


Tarikh : 26 April / 3 Mei 2009 (Ahad)
Masa : 8.30am - 5.00pm
Yuran : RM180 Seorang (RM160/orang jika hadir berkumpulan).
Yuran adalah meliputi beg media cendawan percuma
untuk dibawa pulang, Sijil, Nota & Modul Kursus,
Makan dan Minum sepanjang kursus.
Daftar sekarang kerana tempat terhad kepada 20 peserta terawal sahaja untuk setiap sesi.