KIPC KALI KE-50

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.

Alhamdulillah dengan izin-NYA krew E-Cendawan.Com sekali lagi dengan jayanya
dapat menganjurkan Kursus Intensif Penanaman Cendawan buat kali Ke-50 pada 11 Oktober 2014.

Kursus buat julung kalinya dilaksanakan semula selepas lebih kurang 1 Tahun kami hentikan  berikutan kerja baikpulih dan kuarantin keatas Bengkel & Pusat Latihan Tanaman Cendawan kami.

Kursus kali ke-50 ini dihadiri oleh 5orang peserta dimana 2 orang datangnya dari Kelantan dan 3orang dari Perak. Pihak kami mendoakan agar peserta kali ini sukses dalam industri tanaman cendawan setelah mencebuti bidang ini.

Berikut antara gambar yang sempat dirakamkan semasa kursus ini. Bagi yang berminat mengikuti kursus ini dimasa akan datang, bolehlah mendaftar secara ONLINE di web blog www.e-cendawan.blogspot.com. Tempat terhad kepada 15 orang peserta sahaja.