LAPORAN KURSUS KALI KE-32

Salam Sejahtera

1hb Mei 2010 yang lepas, Kursus Intensif Tanaman Cendawan Kali ke-32 selamat dijalankan. Kursus tersebut hanya dihadiri oleh 3 orang peserta iaitu En. Fauzi dan En.Syamsul daripada Cameron Highland dan Cik Lawitha daripada Ipoh, Perak. Kursus kali ini juga mencipta sejarahnya sendiri dengan penyertaan peserta pertama wanita berbangsa India sejak ianya dianjurkan pada tahun 2008.

Dipaparkan bersama ini gambar semasa kursus tersebut dijalankan untuk tatapan pengunjung web blog e-cendawan.com.


Bagi yang masih tercari-cari kursus tanaman cendawan. Pihak Ariela Enterprise akan menganjurkan kursus ini sekali lagi pada 29hb Mei 2010 di Pusat Latihan Tanaman Cendawan Ariela, Sauk, Kuala Kangsar. Buat yang berada di Sekitar Selangor & Kuala Lumpur pula, Ariela Enterprise akan menganjurkan kursus julung kalinya di Selangor bertempat di CENDA-1 AGRO FARM, Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor pada 6hb Jun 2010. Kursus ini adalah anjuran Cenda-One Agro Farm dan Ariela Enterprise dengan kerjasama FELDA. Sijil akan diberikan diakhir kursus dan disahkan oleh pihak FELDA. Jangan Lepaskan peluang ini, tempat terhad kepada 20 peserta terawal sahaja.

1 comment:

juwairiyah said...

salam,

saya dah daftar online tapi macam mana nak pastikan pihak Tuan menerima pendaftaran tersebut. Bagaimana pembayaran di buat? perlu membuat bayaran sebelum kursus ke?