LAPORAN KURSUS KALI KE-36

Salam kembali buat Pengunjung Web Blog e-Cendawan.com.

31 Julai 2010 yang lepas, Ariela Enterprise & Krew e-Cendawan.com sekali lagi menyempurnakan Kursus Intensif Penanaman Cendawan Buat Kali Ke-36. Kursus kali ini menerima kehadiran seramai 11 orang peserta yang datangnya dari sekitar Negeri Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Kursus kali ke-36 ini merupakan kursus terakhir sebelum kursus seumpama ini diberhentikan sementara pada bulan Ogos 2010 bersempena Bulan Ramadhan yang bakal tiba pada 11hb Ogos nanti. Kursus Intensif Penanaman Cendawan hanya akan bersambung selapas Hari Raya Aidilfitri.

Dipaparkan bersama ini gambar yang sempat dirakam untuk tatapan pengunjung web log e-Cendawan.com.

Bagi yang terlepas untuk menghadiri kursus kali ini, Ariela Enterprise akan menganjurkan kursus seumpama ini pada bulan September nanti. Tarikhnya akan diumumkan kelak.

1 comment:

RASE Mushroom ...019-6536313 said...

Ada masalah penyakit cendawan seperti kulat hijau, kulat orange, serangan Hama , ulat dalam bungkah...dll, kini ada bahan rawatannya... boleh visit blog : http://rasemushroom.blogspot.com atau hubungi MR GO : 019-6536313

Thank you