LAPORAN KURSUS KALI KE-45

Salam Sejahtera.

Pada 28hb April 2012 yang lepas kursus KIPC Kali ke -45 iaitu kursus kedua pada tahun 2012 telah selamat dilaksanakan dengan kehadiran 10 orang peserta yang datangnya daripada negeri utara tanahair iaitu Perak, Penang dan Kedah. Setakat ini jumlah kehadiran adalah yang teramai buat kursus bagi sesi tahun 2012, kami amat berterima kasih diatas kepercayaan yang telah diberikan oleh kesemua peserta yang hadir untuk kami mencurahkan ilmu penanaman cendawan tiram kelabu.

Dipaparkan bersama ini sedikit gambar-gambar yang sempat dirakam semasa kursus KIPC Ke-45 dijalankan untuk tatapan pengunjung e-Cendawan.com.

Bagi yang tidak berkesempatan menghadiri kursus anjuran kami yang lepas, jangan berputus asa, pihak ARIELA ENTERPRISE & Krew E-Cendawan.com telah menetapkan kursus buat kali ke-46 dan 47 akan diadakan pada 12/5/2012 dan 30/6/2012. DAFTAR ONLINE UNTUK MENEMPAH TEMPAT SEKARANG.

1 comment:

Shansonlogistics said...

We pride ourselves with humility that we contribute to the success of our customers.
Air Freight