LAPORAN KURSUS CENDAWAN KALI KE-4 (19/4/2008)

Salam Sejahtera buat pelawat web blog e-Cendawan.com

SABTU, 19hb April 2008 Ariela Enterprise sekali lagi berjaya menganjurkan Kursus Intensif Penanaman Cendawan (KIPC) kali ke-4. Kursus kali ini mendapat sambutan yang agak menggalakkan dengan kehadiran seramai 18 orang peserta yang rata-ratanya datang daripada 3 buah negeri di utara tanahair iaitu Perak, Kedah dan Perlis.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam untuk tatapan pengunjung web blog e-Cendawan.com

Krew e-Cendawan.com mengucapkan tahniah kepada semua peserta. Semoga ilmu yang dicurahkan dapat dipraktikkan sebaik-baiknya. Buat pengunjung web blog yang berminat untuk menceburi industri penanaman cendawan tiram kelabu ini, Ariela Enterprise dan Teguh Hadhari Enterprise akan menganjurkan Kursus Intensif Penanaman Cendawan di Negeri Kedah pada bulan Jun 2008 nanti. Jangan lepaskan peluang, daftar sekarang kerana tempat adalah terhad.

1 comment:

fasrul_85 said...

akum dan salam sejahtera...
sya fasrul brasal dri Perlis...
bru2 nie sya telah mengikuti kursus ini pada 19 April 2008 dan komen sya kursus ini bgus...ia bnyak memberi kita bnyak mklumat dan padat tntang penanaman cendawan dan teknik2 penjagaan...selain dri itu kita juga diajar untuk membuat cara2 membuat beg media, pnyuntikan benih, pengukusan dan bnyak lagi...yg bagus skali teknik2 td dibuat secara praktikal supaya kita dpat pngalaman...akhir skali sya berharap kpada sesiapa yg berminat untuk brlajar dan ingin memulakan pndapatan dri segi konsep pertanian sya harap ikutilah kursus2 sperti ini...insyaallah klu dimurahkan rezeki kita akan berjaya sperti mereka...