SALAM TAHUN BARU 2010


Bismillahirrahmannirrahim.

SELAMAT TAHUN BARU diucapkan buat pembaca blog e-cendawan.com, teman-teman, rakan-rakan pengusaha cendawan seluruh Malaysia, pembekal-pembekal alatan dan bahan mentah cendawan.

2009 baru saja meninggalkan kita, Tahun 2010 muncul dan bakal memberi cabaran baru buat kita semua. Harapan kami tahun ini memberi lebih kebaikan dari tahun yang lepas-lepas.

Pada rakan pengusaha cendawan, kami pasti ramai yang memasang dan menyemat cita-cita dan azam untuk lebih berjaya dalam bidang ini. Kami dari Ariela Enterprise & Krew e-cendawan.com mengucapkan selamat maju jaya buat rakan seperjuangan sekalian. Bersama-sama kita semarakkan lagi industri tanaman cendawan tahun ini.

Sekali lagi SELAMAT TAHUN BARU 2010.........

1 comment:

Siti Mastura said...

sehari je ke kursus? bleh tak buat 2 hari? dari awal penyediaan hingga akhir proses pemasaran?