LAPORAN KURSUS KALI KE-28

SALAM SEJAHTERA....

30hb Januaryi 2010, Ariela Enterprise meneruskan tradisinya menganjurkan Kursus Intensif Penanaman Cendawan Buat Kali Ke-28. Kursus sulong tahun 2010 ini dihadiri oleh empat orang peserta yang datangnya dari Ipoh, Bandar Baharu Kedah dan Pulau Langkawi Kedah.

Kesemua peserta menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap perusahaan tanaman cendawan ini. Kursus ini tetap sama seperti kursus-kursus yang lepas iaitu meliputi teori dan juga praktikal. Sesi teori sebelah pagi mendedahkan peserta kursus kepada pengenalan kepada industri tanaman cendawan bermula dengan pembinaan rumah cendawan sehinggalah kepada proses pemasaran.

Manakala sesi petang pula peserta dilatih menghasilkan beg media cendawan, teknik suntikan benih dan penjagaan beg media. Dengan kedua-dua sesi teori dan praktikal ini, setiap peserta dijamin dapat menjalankan perusahaan tanaman cendawan selepas tamat kursus. Pihak Ariela Enterprise juga akan membimbing dari masa ke semasa selepas peserta menjalankan perusahaan ini sendiri selepas kursus.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menjalani kursus tanaman cendawan tiram, tarikh kursus selanjutnya adalah pada 20 Febuari 2010, 6 Mac 2010 atau 27 Mac 2010. Untuk pendaftaran dan tempahan tempat, sila isikan borang online dikiri web blog ini. Untuk keterangan Lanjut Hubungi Ariela Enterprise di talian 016-5518 700 atau 0165518 900.

No comments: